Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460387
Title: Pengaruh psikostres dan umur terhadap kerosakan DNA dan ketaknormalan residu sitoplasma sperma manusia
Authors: Nor Hamizan Bin Hashim (P72589)
Supervisor: Khairul Bin Osman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Biokimia
Kerosakan DNA
Dissertations
Academic - Malaysia
Issue Date: 3-Feb-2017
Description: Psikostres dan umur telah dikaitkan dengan masalah kesuburan pada lelaki disebabkan ketaknormalan dan kemerosotan kualiti semen. Walaupun demikian, hubungan langsung di antara psikostres dan umur terhadap kualiti semen masih tidak jelas. Maka, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kesan psikostres dan umur terhadap kualiti semen terutama kesan terhadap kerosakan DNA dan ketaknormalan residu sitoplasma sperma. Seramai 628 responden lelaki berumur di antara 25-45 tahun telah dipilih secara rawak bagi kajian ini. Kesemua responden terlibat adalah pesakit daripada Pusat Rawatan Kesuburan, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Borang keizinan dan soal selidik telah diberikan kepada setiap responden. Tahap stres diukur menggunakan GHQ12 dan menggambarkan keadaan responden dalam tempoh 3-4 minggu sebelum pengambilan sampel. Selepas mengambil kira faktor seperti azoospermia, aspermia, pengambilan rokok dan minuman beralkohol, 331 responden akhirnya dipilih untuk kajian. Pengambilan sampel semen, analisis semen dan pewarnaan papanicolau adalah mengikut garis panduan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO 2010). Pengukuran kualiti semen dan kerosakan DNA sperma adalah masing-masing menggunakan analisis semen dan asai komet neutral. Hasil menunjukkan psikostres mempunyai hubungan yang signifikan terhadap peratus morfologi normal (U=6317.50, p<0.05) dan kerosakan DNA sperma (U=1047.00, p<0.01). Disamping itu, umur juga menunjukkan hubungan yang signifikan secara negatif terhadap konsenterasi sperma (r=-0.20, p<0.01), kiraan jumlah sperma (r=-0.23, p<0.01) dan peratus morfologi normal sperma (r=-0.13, p<0.05). Walau bagaimanapun, hubungan psikostres dan umur terhadap ketaknormalan residu sitoplasma sperma (r=-0.06, p=0.52), isipadu semen (r=-0.06, p=0.29) dan motiliti sperma (r=-0.07, p=0.19) tidak menunjukkan perkaitan yang signifikan. Kesimpulannya, psikostres dan umur boleh menjejaskan kualiti sperma dan kerosakan DNA sperma serta mempengaruhi kadar kesuburan tetapi ianya tidak meningkatkan prevalen kejadian ketaknormalan residu sitoplasma.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan)
Pages: 86
Call Number: QU20.N822p 2017 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130082+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.