Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460386
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuzita Abd. Talib, Profesor Dr.-
dc.contributor.authorZuriana Fahila Kahairudin (P57062)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:07Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:07Z-
dc.date.issued2016-08-13-
dc.identifier.otherukmvital:130081-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460386-
dc.descriptionPelajar universiti cenderung untuk mengamalkan gaya hidup berisiko yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara gaya hidup dengan pencapaian akademik, yang diukur melalui purata nilai gred keseluruhan (PNGK) dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia . Kajian ini menggabungan kajian kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan para pelajar yang menginap di kolej-kolej kediaman UKM. Aspek kuantitatif dalam kajian ini melibatkan seramai 451 orang pelajar yang melengkapkan borang soal selidik yang mengandungi maklumat sosiodemografi, maklumat aktiviti fizikal dan jangka masa tidur. Data terkini pelajar merangkumi ketinggian, berat, indeks jisim tubuh (IJT), peratus lemak tubuh dan ukurlilit pinggang diukur dalam kajian ini. Bahagian kualitatif dalam kajian ini melibatkan 25 orang pelajar yang dibahagikan kepada enam kumpulan yang terlibat dalam perbincangan kumpulan fokus. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan perbincangan berdasarkan tahap PNGK; sama ada kumpulan PNGK<3.0 atau PNGK≥3.0. Perbincangan dikendalikan oleh seorang moderator yang menggunakan panduan dan soalan perbincangan dengan bantuan seorang pencatat rekod. Rekod-rekod perbincangan diubah menjadi transkrip dan diterjemah untuk menentukan tema yang bersesuaian. Tema yang ditemui ditentusahkan oleh penyelidik luar dan juga para pelajar yang terlibat melalui panggilan telefon. Hasil kajian kuantitatif mendapati sebanyak 20.9% pelajar mengalami kurang berat badan, 9.5% berlebihan berat badan dan 5.5% obes. Seramai 28.6% pelajar pula mempunyai peratus lemah tubuh yang rendah, 20.2% mempunyai peratus lemak tubuh yang tinggi dan 6.7% pula tergolong dalam kategori ukurlilit pinggang berisiko. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang negatif antara tidur petang (r=-0.122, p=0.008) dan hubungan signifikan yang positif antara tidur malam (r=0.136, p=0.003) dengan PNGK. Analisis regresi linear berganda (R2=0.04, F=9.64, p=0.001) mendapati bahawa tidur petang (B=-0.06, ß=-0.15) lebih berpengaruh secara signifikan terhadap PNGK berbanding tidur malam (B=0.04, ß=0.16). Bahagian kualitatif kajian ini menemui dua tema utama yang mempengaruhi akademik pelajar; ini termasuk faktor kesihatan sosial dan faktor kesihatan fizikal. Faktor kesihatan fizikal merangkumi faktor pengambilan makanan yang mencukupi manakala faktor kesihatan sosial terdiri daripada faktor pengurusan masa yang efisien, penghargaan kendiri yang positif, sokongan keluaga dan interaksi bersama rakan-rakan. Kesimpulannya, jangka masa tidur, pengambilan makanan yang mencukupi, pengurusan masa yang efisien, penghargaan kendiri yang positif, sokongan keluarga dan interaksi bersama rakan rakan merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Jangkamasa tidur yang optimum iaitu tidur tujuh hingga lapan jam sehari diperlukan oleh pelajar bagi memperolehi pencapaian akademik yang baik.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Pemakanan)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGaya Hidup Pelajar-
dc.subjectPencapaian Akademik-
dc.subjectDissertations-
dc.subjectAcademic - Malaysia-
dc.titleHUBUNGAN ANTARA GAYA HIDUP DAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA-
dc.typetheses-
dc.format.pages136-
dc.identifier.callnoWA20.5.Z96h 2016 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130081+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.