Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460385
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorChu Shin Ying, Dr.
dc.contributor.authorHaryani Harun (P96727)
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:06Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:06Z-
dc.date.issued2022-07-04
dc.identifier.otherukmvital:130028
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460385-
dc.descriptionKegagapan adalah masalah pertuturan yang memberi kesan kepada akademik, tahap keresahan, buli, pekerjaan dan masalah keluarga kanak-kanak bermasalah gagap (KBG). Guru berperanan penting dalam pengenalpastian dan intervensi KBG di sekolah memandangkan Terapis Pertuturan-Bahasa (TPB) masih kurang. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan perbezaan persepsi, pengetahuan dan sikap guruguru sekolah rendah sebelum dan selepas bengkel Basic Education of Stuttering (BEST). Bengkel BEST merangkumi tiga video utama tentang kegagapan (8 minit secara keseluruhannya): 1) apa itu kegagapan? 2) kesan kegagapan dan 3) bagaimana mengendalikan/mengurangkan kegagapan? Ini adalah kajian berbentuk kuasieksperimen, dan guru sekolah rendah di Selangor merupakan kriteria penerimaan. Kajian ini terdiri daripada tiga fasa: 1) sebelum bengkel BEST [peringkat dasar (T0)], 2) semasa bengkel BEST, dan 3) selepas bengkel BEST [seminggu selepas(T1)]. Seramai 115 orang guru sekolah rendah (kumpulan kawalan, n=56; kumpulan eksperimen, n=59) telah melengkapkan soal selidik peringkat dasar (T0), tetapi hanya 86 orang sahaja (kumpulan kawalan, n=38; kumpulan eksperimen, n=48) yang melengkapkan soal selidik selepas seminggu (T1). Pada T0, semua 115 orang peserta pada setiap kumpulan telah melengkapkan Teachers Perception Stuttering Inventory (TPSI) dan Public Opinion Survey of Human Attributes-Stuttering (POSHA-S) di kertas soal selidik, manakala 86 orang guru sahaja yang telah melengkapkan borang pada T1 di pautan Google. Tiada kesan yang signifikan terhadap intervensi kepada persepsi, pengetahuan dan sikap guru sebelum dan selepas bengkel BEST. Tiada perbezaan persepsi, pengetahuan dan sikap guru sebelum dan selepas bengkel BEST. Tiada perbezaan yang signifikan pada pengalaman pengetahuan (t=1.867 (47), p=0.068) atau sumber pengetahuan guru (t=0.348 (47), p=0.730) sebelum dan selepas bengkel BEST. Begitu juga, tiada perbezaan yang signifikan terhadap sikap guru sebelum dan selepas bengkel BEST (t=1.386 (47), p=0.172). Terdapat kesan masa [f(0.99, 47)=9.28, 0.003] dan kesan kumpulan [f(0.062, 47)=5.549, 0.021] dalam persepsi punca kegagapan. Terdapat kesan masa terhadap persepsi kesan kegagapan juga [f(0.046, 47)=4.015, 0.048]. Tiada keberkesanan bengkel kerana maklumat yang kurang tentang kegagapan menjadikan maklumat kurang sampai dan guru sukar memahaminya. Bengkel BEST sahaja tidak cukup untuk mengubah persepsi, pengetahuan dan sikap guru sekolah rendah terhadap masalah kegagapan dan disarankan agar kandungan video perlu ditambah baik dengan meliputi permainan berperanan dan interaksi situasi sebenar dengan KBG,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectStuttering
dc.subjectSpeech Disorders
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePendidikan masalah kegagapan untuk guru-guru: perubahan persepsi, pengetahuan dan sikap
dc.typetheses
dc.format.pages107
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130028+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.