Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460382
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorYazmin bin Ahmad Rusli, Dr.
dc.contributor.authorNoryantimarlina Abdulah (P77105)
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:05Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:05Z-
dc.date.issued2022-06-07
dc.identifier.otherukmvital:129738
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460382-
dc.descriptionKemahiran bahasa dan pertuturan merupakan antara komponen penting dalam menentukan keberhasilan penggunaan implan koklea. Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian kemahiran bahasa lisan kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea menggunakan borang soal jawab skala perkembangan dan mengenalpasti faktor demografi yang menyumbang kepada pencapaian kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 26 orang kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea daripada Program Implan Koklea Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan umur kronologi antara 33 hingga 98 bulan (min=70, SP=18.91), umur semasa implan antara 18 hingga 71 bulan (min=40, SP=13.46) dan umur pendengaran antara 13 bulan hingga 48 bulan (min=30, SP=10.48). Instrumen yang digunakan adalah The Integrated Scale of Development-Malay version 2 (ISD-Mv2). Borang soal jawab ISD-Mv2 diberikan kepada ibu bapa atau penjaga seterusnya temubual melalui telefon dilakukan. Hasil kajian menunjukkan hanya 9 kanak-kanak (35%) yang berjaya mencapai skor purata ISD-Mv2 setara atau lebih dari umur pendengaran. Antara enam komponen ISD-Mv2, kognitif mencapai peratusan tertinggi dengan 96.79 peratus manakala penghasilan bahasa adalah yang terendah (76.21%). Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang kuat antara kemahiran mendengar dengan pemahaman bahasa, penghasilan bahasa dengan pertuturan dan kognitif dengan komunikasi sosial/pragmatik (p<0.05). Tahap pencapaian bahasa lisan kanak-kanak dengan faktor demografi seperti jantina, tahap pendidikan ibu, tahap sosioekonomi keluarga dan jenis persekolahan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea mempunyai tahap pencapaian bahasa lisan yang lewat berbanding kanak-kanak seusia yang berpendengaran normal Kata kunci: kanak-kanak; implan koklea; bahasa dan pertuturan; Integrated Scale of Development-Malay version 2 (ISD-Mv2),Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectCochlear Implants
dc.subjectSpeech
dc.subjectLanguage
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePerkembangan bahasa lisan kanak-kanak melayu pengguna implan koklea di bawah Program Implan Koklea Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages119
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129738+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.