Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460374
Title: Keberkesanan pakaian tekanan dalam pengurusan spastisiti dan kefungsian anggota atas dalam kalangan pesakit strok : ujian kawalan terawak
Authors: Ooi Hwa Kee (P79511)
Supervisor: Chai Siaw Chui, Dr.
Keywords: Stroke
Garments
Muscle Spasticity
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Sep-2020
Description: Strok boleh menyebabkan spastisiti dan masalah kefungsian pada anggota atas yang terlibat. Ujian kawalan terawak ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pakaian tekanan dalam pengurusan spastisiti dan kefungsian anggota atas pesakit strok. Kajian ini dijalankan ke atas pesakit luar di sebuah unit terapi carakerja, Lembah Klang. Kriteria peserta kajian: 1) pasca ischemik atau hemoragik strok antara 1 hingga 12 bulan; 2) skor ≥ 24 dalam Mini Mental State Examination (MMSE); 3) skor 1 hingga 3 dalam Modified Modified Ashworth Scale (MMAS) apabila pergelangan tangan dan tangan melakukan pergerakan fleksi dan ektensi; dan 4) tiada gangguan tingkah laku atau penyakit kronik serius yang boleh mengganggu keupayaan memberi persetujuan atau kerjasama dalam kajian. Seramai 46 orang peserta telah diagihkan secara rawak ke kumpulan intervensi (KI) atau kumpulan kawalan (KK). Peserta menerima program terapi carakerja konvensional selama dua jam setiap minggu. Peserta dalam KI diberi intervensi tambahan, iaitu pakaian tekanan dalam bentuk sarung tangan untuk dipakai selama enam jam sehari selama enam minggu secara berterusan. Semua peserta dinilai pra- dan pasca-intervensi dengan menggunakan MMAS untuk spastisiti dan Jebsen- Taylor Hand Function Test (JTHFT) serta Disabilities of the Arm, Shoulder and Hand (DASH) Outcome Measure untuk kefungsian anggota atas. Sejumlah 43 (KI = 21; KK = 22) orang peserta yang setara dari segi usia, jantina, anggota atas yang terlibat, jenis strok, lawatan susulan dan tempoh pasca strok berjaya menyelesaikan program intervensi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan bagi semua parameter (p > 0.05). Bagi perbandingan pra- dan pasca-intervensi dalam kumpulan, JTHFT bagi KI dilaporkan dengan menggunakan median ± julat kuartile (M ± IQR) menunjukkan peningkatan ketara dalam Subtest 5 (6.00 ± 24.00, p = 0.03) dan Subtest 6 (13.00 ± 39.00, p = 0.05) berbanding dengan tiada peningkatan dalam KK. Ektensi jari tangan yang dilaporkan dengan menggunakan M ± IQR (KI: 0 ± 1, p = 0.002; KK: 1 ± 1, p = 0.01) serta DASH yang dilaporkan dengan menggunakan mean difference (MD) dan effect size, Cohen's d (KI: MD = 13.25, d = 1.08; KK: MD = 5.79, d = 0.40) juga menunjukkan peningkatan dalam kumpulan untuk kedua-dua kumpulan. Walaupun pakaian tekanan tidak memberi kesan tambahan dalam pengurusan spastisiti dan kefungsian anggota atas apabila digabungkan dengan program terapi carakerja konvensional berdasarkan analisa antara kumpulan, nilai klinikal pakaian tekanan perlu diambil berat memandangkan terdapat peningkatan dalam kumpulan yang lebih besar dalam kefungsian anggota atas bagi mereka yang menerima pakaian tekanan. Kajian masa depan perlu memberi fokus kepada penambahan tempoh masa pemakaian serta penggunaan reka bentuk pakaian yang lebih sesuai,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 139
Call Number: WL356.O59k 2020 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127590+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.