Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460373
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMazlyfarina Mohamad, Dr.-
dc.contributor.authorNur Munirah Abdull Nasser (P94469)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:02Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:02Z-
dc.date.issued2021-12-27-
dc.identifier.otherukmvital:126928-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460373-
dc.descriptionPermainan dalam talian semakin mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat di Malaysia seiring dengan perkembangan pesat teknologi permainan dan kebolehcapaian Internet berkelajuan tinggi. Trend ini menimbulkan kebimbangan kerana dapat mencetus seseorang menjadi kecanduan permainan dalam talian/video, yang dikenali sebagai gangguan permainan Internet (IGD), terutama bagi golongan remaja. Tambahan pula, IGD telah diiktiraf sebagai salah satu gangguan formal dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaktifan neural otak manusia menggunakan pendekatan pengimejan resonans magnet kefungsian berasaskan tugasan (tb-fMRI) yang dipicu oleh tugasan seperti tugasan Go/No-Go, tugasan berkaitan permainan dalam talian dan tugasan warna Stroop. Kajian juga memfokuskan kepada perbandingan pengaktifan otak terlibat antara kumpulan IGD dan kawalan semasa pengimbasan tb-fMRI berkaitan dengan regulasi emosi dan kawalan eksekutif serta untuk menentukan korelasi antara kemurungan, kebimbangan, tekanan, dan tingkah laku bunuh diri dengan kawasan otak yang teraktif di kalangan remaja. Seramai 50 orang pelajar prasiswazah Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UKM telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian ini dengan purata umur, 25 tahun (25.00±6.00). Setiap peserta perlu menjalani beberapa penilaian psikologi bagi proses penentuan kumpulan (IGD atau kawalan) sebelum melakukan pengimbasan fMRI. Data pengaktifan otak dianalisis menggunakan perisian MATLAB 9.4 (R2018a), Pemetaan Statistik Berparametrik 12 (SPM 12) dan perisian MarsBaR versi 0.44. Hasil mendapati kumpulan IGD mengalami hipo-pengaktifan pada kawasan seperti insula, striatum dorsal (putamen dan kaudat), korteks singulat anterior (ACC), girus frontal superior, girus parietal inferior, talamus dan girus oksipital tengah (MOG) diuji di bawah pembetulan ralat ikut keluarga (FWE), yang berkesan pada p < 0.05. Selain itu, analisis kawasan otak yang diminati (ROI) dengan pembetulan Bonferroni menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam perubahan of isyarat kebergantungan aras pengoksigenan darah (BOLD) otak untuk kedua-dua perubahan isyarat pada girus oksipital inferior kiri dan korteks kawasan tambahan kiri otak di antara kumpulan IGD dan kawalan pada p < 0.0025 bagi tugasan warna Stroop. Manakala, bagi tugasan berkaitan permainan dalam talian, hanya girus postsentral kiri yang menunjukkan perbezaan yang signifikan (p < 0.001) pada perubahan isyarat BOLD antara kedua-dua kumpulan. Hasil analisis korelasi telah menemukan hubungan positif yang signifikan (p < 0.003) pada serebelum kanan dan tingkah laku tekanan, r = 0.652 semasa tugasan warna Stroop. Oleh itu, kajian ini menemukan bahawa peningkatan permintaan dalam penggunaan kawalan eksekutif, berkemungkinan akan mempengaruhi tingkah laku tekanan terhadap individu IGD. Akhirnya, dapat disimpulkan bahawa pemain permainan dalam talian yang berlebihan cenderung untuk mengalami kelemahan pada kawalan eksekutif dan fungsi kognitif serta mungkin berhadapan ketidakstabilan emosi. Penemuan ini memberi pendedahan awal berkaitan dengan kefungsian otak manusia semasa bermain permainan dalam talian dan memperluaskan ilmu berkaitan dengan ketagihan Internet dan permainan dalam talian yang sedang berlaku dalam kalangan belia Malaysia,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Pengimejan Diagnostik Dan Radioterapi)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectInternet Addiction Disorder-
dc.subjectMagnetic Resonance Imaging-
dc.subjectDepression-
dc.subjectAnxiety-
dc.subjectSuicide-
dc.subjectAdolescent-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan gangguan permainan dalam talian (igd) pada aktiviti otak : satu kajian pengimejan resonans magnet kefungsian berasaskan tugasan (tb-fMRI)-
dc.typetheses-
dc.format.pages234-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126928+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.79 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.