Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460372
Title: Mekanisma penyembuhan luka ke atas sel fibroblas manusia dan pemprofilan sebatian aktif daripada ekstrak batang alocasia denudata engler
Authors: Siti Aisyah Arshad (P80392)
Supervisor: Mazlyzam Abdul Latif, Dr.
Keywords: Wound Healing
Plants
Medicinal
Diabetes Mellitus
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Oct-2021
Description: Luka kronik didefinisikan sebagai luka yang tidak sembuh dalam masa dan fasa yang ditetapkan. Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, jumlah orang yang menderita akibat gangguan penyembuhan luka telah meningkat. Sebagai contoh, ulser kaki disebabkan diabetes adalah masalah kesihatan utama yang melibatkan pengurusan masa dan kos yang tinggi. Salah satu kaedah yang berpotensi untuk membantu mengurangkan beban tersebut adalah menggunakan rawatan alternatif berasaskan herba atau tumbuhan ubatan. Kajian ini menguji keupayaan keladi candik (Alocasia denudata Engler) yang digunakan secara tradisional sebagai agen penyembuhan luka bagi melihat potensi penyembuhannya dalam merawat luka. Kultur sel fibroblas manusia digunakan untuk mengetahui kadar proliferasi tertinggi serta ekpresi gen bagi setiap fasa penyembuhan luka yang dapat membantu meningkatkan proses penyembuhan luka. Asai sitotoksik menggunakan ekstrak akues ke atas sel fibroblas tidak memberikan nilai IC50. Nilai ini membuktikan bahawa ekstrak akues adalah tidak toksik terhadap sel fibroblas manusia. Bagi ujian scratch assay menggunakan ekstrak A. denudata pada kepekatan 62.5 μg/mL, kadar migrasi sel pada kawasan luka yang dirawat menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan kawalan. Manakala ujian RT-PCR menunjukkan peningkatan yang signifikan bagi ekspresi gen TGF-β, PDGFβ, VEGFα, COL-III serta COL-IV iaitu nilai p< 0.05 dan tidak signifikan bagi MMP-9. Analisa menggunakan imbasan mikroskop elektron terhadap ekstrak akues A. denudata menunjukkan komposisi kalium yang tinggi iaitu 0.81% pada sampel kering sejuk beku dan 19.84% pada sampel segar. Potassium adalah elemen yang penting untuk membantu proses penyembuhan luka. Pengenalpastian bahan aktif yang terdapat pada ekstrak A. denudata menggunakan analisis GC-MS menemui 9,12- Octadecadienoic acid (Z, Z)-methyl ester, 9-Octadecenoic acid (Z)-, methyl ester serta Hexadecanoic acid, methyl ester yang dapat mempercepat proses penyembuhan luka. Kesimpulannya, A. denudata berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu agen penyembuhan luka,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 178
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126579+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.81 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.