Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460371
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hanis Mastura Yahya, Dr. | |
dc.contributor.author | Rasyidah Mohamad Basiran (P78463) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:02:01Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:02:01Z | - |
dc.date.issued | 2021-03-01 | |
dc.identifier.other | ukmvital:126578 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460371 | - |
dc.description | Proses penuaan boleh mempengaruhi pengambilan diet warga emas dan diet yang kurang berkualiti boleh menyumbang kepada kemerosotan fungsi kognitif mereka. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan di antara kualiti diet, profil nutrien dan fungsi kognitif warga emas di Malaysia. Kajian ini terdiri daripada empat fasa. Fasa I merupakan penentuan keesahan seiring yang melihat perkaitan antara skor IPS-TUA dengan Mean Adequacy Ratio (MAR) dan penentuan kebolehpercayaan alfa Cronbach bagi Indeks Pemakanan Sihat untuk Warga Emas Malaysia (IPS-TUA) yang melibatkan 93 orang warga emas. Seterusnya, Fasa II melibatkan pembentukan model profil nutrien Towards Useful Aging Food Nutrient Density Index (TUA-FNDI) yang dilakukan dengan membandingkan skor TUA-FNDI bagi 94 item makanan dengan ketumpatan tenaga dalam 100 gram makanan tersebut. Fasa III kajian ini melibatkan penentuan keesahan kandungan dan keesahan seiring bagi model TUAFNDI. Keesahan kandungan ditentukan dengan menilai tahap persetujuan pekali Kappa antara kategori makanan sihat dan kurang sihat berdasarkan skor TUA-FNDI dan Panduan Diet Malaysia (PDM). Keesahan seiring pula dijalankan dengan menentukan perkaitan antara skor keseluruhan subjek bagi TUA-FNDI dan IPS-TUA. Fasa IV kajian ini merupakan penentuan hubungan antara kualiti diet, profil nutrien dan fungsi kognitif warga emas. Hasil kajian Fasa I menunjukkan terdapat perkaitan sederhana (r= 0.358, p< 0.001) antara skor IPS-TUA dan MAR. Instrumen IPS-TUA mempunyai tahap kebolehpercayaan rendah, (alfa Chronbach = 0.299). Seterusnya, Fasa II menunjukkan terdapat korelasi songsang yang signifikan antara skor bagi kesemua model TUA-FNDI dan ketumpatan tenaga bagi 100 gram makanan. Model TUA-FNDI 9-2 mempunyai korelasi paling kuat dengan ketumpatan tenaga (p < 0.001, r = -0.71) dan telah dipilih sebagai model akhir. Pada Fasa III hasil penentuan keesahan kandungan menunjukkan terdapat persetujuan sederhana antara PDM dan TUA FNDI (Kappa = 0.644). Seterusnya, ujian penentuan keesahan seiring mendapati terdapat hubungan antara skor keseluruhan TUA-FNDI dan IPS-TUA (r = 0.32, p< 0.001). Keputusan awal bagi fasa IV menunjukkan terdapat perkaitan antara kualiti diet dan prestasi memori jangka pendek (RAVLT Trial 5) (p = 0.01, r = 0.08) dan kelajuan pemprosesan (digit symbol) (p = 0.01, r = 0.12) serta terdapat hubungan antara skor TUA-FNDI dan RAVLT Trial 5 (p = 0.04, r = 0.14). Walau bagaimanapun, selepas analisis lanjut dijalankan dengan mengambil kira dengan faktor yang boleh mempengaruhi kualiti diet seperti sosiodemografi, ekonomi dan komposisi tubuh, hasil mendapati kualiti diet tidak lagi tidak mempengaruhi skor RAVLT Trial 5 (p= 0.84, OR=1.05, CI= -0.45 – 0.56) dan digit symbol (p= 0.64, OR=0.29, CI= -0.65 – 0.4). Tambahan, skor IPS-TUA juga tidak memberi kesan terhadap skor RAVLT Trial 5, (p= 0.34, OR=0.72, CI= -1.2 – 0.35). Kesimpulannya, IPS-TUA merupakan instrumen kualiti diet yang sah dan boleh dipercayai. Selain itu, model profil nutrien TUA-FNDI merupakan model yang sah dan mampu mengukur ketumpatan nutrien yang diambil dalam diet subjek dengan baik. Namun begitu, kualiti diet dan ketumpatan nutrien dalam diet subjek tidak mempengaruhi fungsi kognitif mereka. Hasil dan instrumen yang dibentuk daripada kajian ini seperti model TUA-FNDI dan IPS-TUA boleh digunakan untuk menambah baik tabiat pemakanan warga emas. Namun, kajian berbentuk longitudinal mungkin diperlukan untuk melihat kesan pengambilan makanan terhadap fungsi kognitif,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Pemakanan) | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Diet | |
dc.subject | Nutrients | |
dc.subject | Cognition | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Hubungan antara kualiti diet, profil nutrien dan fungsi kognitif warga emas di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 242 | |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126578+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.75 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.