Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460370
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorCaryn Chan Mei Hsein, Dr.
dc.contributor.authorLeong Wun Chin (P100295)
dc.date.accessioned2023-09-14T08:02:00Z-
dc.date.available2023-09-14T08:02:00Z-
dc.date.issued2021-12-30
dc.identifier.otherukmvital:126527
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460370-
dc.descriptionPenerimaan penyakit merupakan satu cabaran dalam kalangan pesakit kanser untuk menyesuaikan diri dengan diagnosis. Kajian ini menunjukkan kepentingan memberikan keutamaan kepada tahap penerimaan penyakit dalam faktor (sosiodemografi dan ciriciri klinikal) pada setiap peringkat penyakit. Ini adalah kajian psikometrik pertama di Malaysia yang menterjemahkan dan mengesahkan versi Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Kajian ini dapat membantu untuk memahami faktor-faktor yang menghalang pesakit menerima penyakit dan memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai tahap peralihan penerimaan penyakit dari semasa ke semasa. Oleh itu objektifnya adalah: i) menterjemah dan mengesahkan skala penerimaan penyakit dalam kalangan pesakit kanser di Malaysia, ii) untuk menilai perubahan penerimaan pesakit terhadap penyakit dari semasa ke semasa (dari garis dasar hingga bulan ketiga) dan iii) untuk menentukan faktor sosiodemografi (umur, jantina, tahap pendidikan, dan pendapatan isi rumah) dan faktor ciri-ciri klinikal (jenis kanser dan peringkat kanser) yang berkaitan dengan penerimaan skala penyakit. Sebanyak 150 pesakit kanser yang baru didiagnosis direkrut di klinik onkologi pesakit luar dari tiga pusat kesihatan yang berbeza dan persampelan direkrut bermula dari bulan September 2019 sehingga Mac 2020. Persampelan berturutan sebagai teknik persampelan bukan kebarangkalian telah digunakan. Soal selidik versi Bahasa Malaysia yang diterjemahkan dari Skala Penerimaan Penyakit digunakan daripada garis dasar sehingga bulan ketiga. Hasil daripada kajian ini menunjukkan pekali ketekalan dalaman adalah 0.84, kebolehpercayaan uji dan uji semula menunjukkan korelasi yang tinggi, r=0.94 dengan p=0.001. Skala penerimaan penyakit dalam versi Bahasa Malaysia menunjukkan instrumen yang sahih dan boleh dipercayai yang sesuai digunakan dalam kalangan pesakit kanser. Faktor-faktor berkaitan yang signifikan dari analisis dua arah kovarians adalah umur antara 18-39 (p=0.003), perempuan (p<0.001), sekolah menengah (p<0.001) dan kanser genitourinary dan kanser ginekologi (p=0.05). Keseluruhannya, pesakit kanser menunjukkan bahawa tahap penerimaan penyakit meningkat dari garis dasar hingga susulan bulan ketiga, dan tahap penerimaan penyakit pesakit akan berubah dari semasa ke semasa dengan faktor yang berkaitan dengan usia, jantina, tahap pendidikan, dan jenis kanser. Skala penerimaan penyakit versi Bahasa Malaysia merupakan alat yang sah dan boleh dipercayai untuk digunakan dalam kalangan pesakit kanser di Malaysia. Penggunaan skala ini merupakan alat yang cepat dan mudah diguna untuk menilai penerimaan penyakit dalam kalangan pesakit kanser yang menggunakan Bahasa Melayu, serta bertindak sebagai panduan penyampaian perkhidmatan psikoonkologi untuk membantu pesakit mempunyai kesejahteraan mental yang lebih baik,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectPsychometrics
dc.subjectNeoplasms
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKajian psikometrik dalam skala penerimaan penyakit dan faktor mempengaruhi tahap penerimaan penyakit dalam kalangan pesakit kanser
dc.typetheses
dc.format.pages149
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126527+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.