Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460367
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Suzana Shahar, Prof. | - |
dc.contributor.author | Rohana Hussin (P89134) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:59Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:59Z | - |
dc.date.issued | 2021-02-21 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:125625 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460367 | - |
dc.description | Prevalen luka tekanan dan malpemakanan adalah tinggi dalam kalangan pesakit kecederaan saraf tunjang semasa fasa rehabilitasi. Ini akan memberikan kesan negatif kepada proses rehabilitasi dan melambatkan proses penyembuhan. Kajian ini adalah untuk menentukan kesan suplemen imunopemakanan terhadap saiz luka tekanan dan status pemakanan serta parameter biokimia dalam pesakit kecederaan saraf tunjang dengan luka tekanan. Kajian ini adalah kajian percubaan klinikal rawak terkawal dalam kalangan pesakit kecederaan saraf tunjang yang mempunyai luka tekanan di klinik pesakit luar. Seramai 20 orang pesakit luar (min umur 48 tahun) mempunyai kecederaan saraf tunjang dengan luka tekanan gred II, III, dan IV, 15% daripada 20 orang mempunyai malpemakanan dan 75% daripada 20 orang adalah berisiko malpemakanan telah disaring untuk menerima samada 250 ml suplemen imunopemakanan (arginin, glutamin, minyak ikan, Medium Chain Triglycerides (MCT) dan tinggi vitamin C) dua kali sehari berserta nasihat diet tinggi kalori dan tinggi protein tinggi secara berterusan atau nasihat diet tinggi kalori dan tinggi protein tinggi sahaja selama 56 hari. Hasil intervensi yang diperhatikan adalah termasuk pengurangan luka tekanan Pressure Ulcer Scale for Healing (PUSH 3.0), meningkatkan status pemakanan (ukuran antropometri dan Scored Patient-Generated Subjective Global Assessment (PGSGA), berat badan dan Indek Jisim Tubuh (IJT) dan profil biokimia (albumin, hemoglobin dan C-Reactive Protein (CRP).) Keputusan daripada kajian ini mendapati peningkatan yang ketara secara klinikal penyembuhan luka tekanan dalam kalangan pesakit dengan kecederaan saraf tunjang yang menerima suplemen tambahan berbanding dengan Kumpulan Kawalan iaitu pada peringkat dasar, hari 14 dan hari 56 (13.7±3.4, 9.6±3.0, 7.6±3.5 vs 12.8±2.6, 12.2±3.5, 12.3±4.0) (p<0.05). Analisis ANOVA bercampur dua hala menunjukkan kesan intervensi yang signifikan dalam skor PUSH (separa η2=0.633, p=0.007), berat badan (separa η2=0.588, p=0.001), IJT (separa η2=0.500, p=0.003), skor PG-SGA (separa η2=0.316, p=0.037), pengambilan karbohidrat (separa η2=0.712, p<0.001), protein (separa η2=0.540, p=0.003), vitamin C (separa η2=0.974, p<0.001), vitamin A (separa η2=0.796, p<0.001), vitamin B1 (separa η2=0.784, p<0.001), vitamin B2 (separa η2=0.505, p=0.004) dan vitamin B3 (separa η2=0.607, p=0.001). Pengambilan suplemen imunopemakanan tidak memberi kesan terhadap bacaan CRP (separa η2=0.000, p=974), albumin (separa η2=0.022, p=0.615) dan hemoglobin (separa η2=0.104, p=260). Suplemen imunopemakanan berpotensi memberi kesan yang positif bagi meningkatkan penyembuhan luka dalam kalangan pesakit kecederaan saraf tunjang dengan luka tekanan. Terdapat keperluan bagi menjalankan kajian pelbagai pusat, skala yang lebih besar, dengan tempoh yang lebih lama dan juga mengira analisis kepentingan kos suplemen imunopemakanan dalam menyembuhkan luka tekanan dalam kalangan pesakit kecederaan saraf tunjang.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Dietetik) | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Malnutrition | - |
dc.subject | Spinal Cord | - |
dc.subject | Rehabilitation | - |
dc.title | Kesan suplemen imunopemakanan bagi membaikpulih luka tekanan dan malpemakanan dalam kalangan pesakit kecederaan saraf tunjang semasa fasa rehabilitasi | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 121 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125625+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.