Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460362
Title: | Hubungan diantara unti hounsfield pengimejan tomografi berkomputer (CT Scan) dan Skor-T Sinar X dwi tenaga (DXA) dalam mengukur tahap ketumpatan tulang bagi penyaringan osteoporosis secara oportunistik menggunakan CT Scan |
Authors: | Mohamad Farhan Mohamad Amin (P93308) |
Supervisor: | Noorazrul Bin Yahya, Dr. |
Keywords: | Bone Density Osteoporosis Tomography X-Ray Computed Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Sep-2021 |
Description: | Tomografi berkomputer (CT) memberikan maklumat tentang ketumpatan tisu termasuk tulang. Pemeriksaan CT bagi diagnosis lain mempunyai potensi untuk digunakan sebagai satu kaedah pengesanan awal keatas perubahan ketumpatan tulang tanpa prosedur sinaran. Hipotesis bahawa kepadatan tulang yang diukur dengan unit Hounsfield (HU) oleh CT dikaitkan dengan nilai skor t diperolehi dari DXA yang mana tahap ambangan untuk setiap pemeriksaan dapat diperolehi. Sehingga kini, tiada kajian yang membuktikan kemungkinan penggunaan pemeriksaan CT dari pelbagai bahagian sebagai kaedah untuk pemeriksaan osteoporosis. Hasil dapatan kajian ini telah mengukur hubungan antara nilai HU tulang dari pelbagai kawasan anatomi kepada nilai skor-t dari DXA. Kajian terhadap faktor lain yang mempengaruhi pengukuran nilai HU termasuk penggunaan kontras dan penetapan tetingkap (window setting) juga dijalankan. Data telah diperoleh secara retrospektif bagi pesakit yang menjalankan pemeriksaan CT dan DXA antara tahun 2014 dan 2018 di Hospital Putrajaya. Tempoh antara kedua-dua pemeriksaan tersebut tidak boleh melebihi satu tahun untuk memastikan kebolehbandingan. Kami mengambilkira semua pemeriksaan CT termasuklah CT otak (HU yang diperolehi dari tulang frontal), CT toraks (tulang belakang toraks pada T7), CT abdomen (tulang belakang lumbar di L3), CT spina (toraks T7 & lumbar L3) dan CT pelvis (pinggul kiri). Dari imej CT, kawasan yang diminati (region of interest, ROI) telah dilakarkan untuk mengukur nilai HU diseluruh bahagian dalam tulang dengan menyingkirkan bahagian kortek dan puratanya dikira. Korelasi dikira antara nilai HU dan skor t menggunakan korelasi Pearson. Lengkungan ciri pengendali penerima (receiver operating characteristic, ROC) dihasilkan dan kawasan di bawah lengkungan (area under the curve, AUC) digunakan untuk menentukan nilai HU optimal di setiap bahagian untuk meramal osteoporosis. Sejumlah 405 orang pesakit telah memenuhi kriteria dengan jumlah pemeriksaan sebanyak 1043 termasuk dari pesakit yang mempunyai imbasan pelbagai bahagian. Pada umumnya, kami mendapati korelasi positif antara HU dan skor-t bagi semua bahagian yang melibatkan penggunaan kontras dan imbasan tetingkap. Terdapat korelasi yang positif dengan kekuatan yang pelbagai bagi pinggul (n = 151, r = 0.691, p<0.001), lumbar (L3) (n = 159, r = 0.683, p<0.01), toraks (T7) (n = 537, r = 0.564, p<0.001), dan frontal (n = 136, r = 0.247, p<0.01). Dari hasil tersebut, pinggul secara konsisten memberikan korelasi yang paling kuat dan AUC terbaik untuk pemeriksaan berkontras (r = 0.708, p<0.001, AUC=0.875,95% CI 0.790-0.959, p<0.05) dan pemeriksaan tanpa kontras (r = 0.664, p<0.001, AUC=0.875,95% CI 0.790-0.959, p<0.05). Sementara itu, toraks T7 dan lumbar L3 menunjukkan korelasi purata dan sederhana bagi AUC (julat bagi nilai r adalah 0.497-0.679, p<0.001, julat AUC =0.680-0.783,95% CI 0.561-0.922, p<0.05). Bahagian frontal menunjukan korelasi dan AUC yang lemah nilai r < 0.5, AUC=0.538-0.655,95% CI 0.426-0.883, p>0.05. Pelbagai nilai penggalan pemotongan optimum untuk ramalan osteoporosis bagi setiap bahagian dengan bukan kontras dan kontras adalah frontal <537-570, torak T7 <153- 157, lumbar L3 <135-158, dan pinggul <54-75. Penggalan optimum nilai HU bagi pemeriksaan melibatkan kontras menunjukkan lebih tinggi jika dibandingkan dengan bukan kontras. Kesimpulannya, nilai-nilai HU dari pinggul, T7, dan L3 mempunyai korelasi yang baik untuk skor t dengan prestasi munasabah untuk meramalkan osteoporosis. Nilai optimum ini boleh digunakan dalam klinikal selepas pengesahan luaran dilakukan.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 100 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124973+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.