Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460359
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorPoh Bee Koon, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorAjlaa A Rasid (P87554)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:56Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:56Z-
dc.date.issued2021-09-30-
dc.identifier.otherukmvital:123967-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460359-
dc.descriptionMalpemakanan dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli adalah tinggi berbanding populasi kebangsaan. Kanak-kanak Orang Asli yang dikenalpasti mempunyai skor-Z berat-untuk-tinggi (WHZ) di bawah -2.00 perlu dibawa ke hospital terpilih bagi tujuan refeeding (HRPB 2009). Walau bagaimanapun, kurang dilaporkan berkenaan status pemakanan kanak-kanak Orang Asli yang mengalami malpemakanan selepas mereka didiscaj daripada hospital kerajaan. Sehubungan itu kajian hirisan lintang ini dijalankan bagi menentukan status pemakanan kanak-kanak Orang Asli di bawah 5 tahun dan faktor berkaitan yang menyumbang kepada status pemakanan mereka. Persampelan total ke atas 94 orang kanak-kanak (55% lelaki dan 45% perempuan) berumur 6-59 bulan (min 34.8±15.5 bulan) dan ibu/penjaga mereka telah dibuat berpandukan senarai discaj dari hospital daerah di Hulu Perak, Perak dan Gua Musang, Kelantan. Pengumpulan data melibatkan pengukuran antropometri (berat, tinggi, ukurlilit pertengahan lengan (MUAC) atas dan ketebalan lipatan kulit) kanak-kanak, soal-selidik sosiodemografi dan ingatan diet 24 jam bersama ibu semasa lawatan di rumah pada 3 bulan (± 2 minggu) selepas discaj. Sekuriti makanan dinilai menggunakan borang Radimer/Cornell Hunger and Food Insecurity versi Bahasa Melayu. Responden terdiri daripada suku kaum Temiar (84.0%), Jahai (13.8%), Bateq (1.1%) dan Mendriq (1.1%). Min berat badan dan tinggi adalah 10.0 ± 1.9 kg dan 82.8 ± 8.4 cm, manakala min MUAC adalah 13.3 ± 1.1 cm. Min ketebalan lipatan kulit trisep dan subskapula adalah 9.6 ± 2.0 mm dan 5.0 ± 1.2 mm masing-masing. Skor-z bagi berat-untuk-umur (WAZ), tinggi-untuk-umur (HAZ), WHZ dan Indeks Jisim Tubuh-untuk-umur (BAZ) adalah - 2.8 ± 0.8, -3.3 ± 1.1, -1.4 ± 1.0 dan -0.9 ± 1.0. Berpandukan rujukan pertumbuhan WHO 2006 dan 2007, 84.0% kanak-kanak adalah kurang berat badan, 88.3% bantut dan 24.4% susut. Didapati 23 (24.4%) orang kanak-kanak kembali (relapsed) kepada skor- Z di bawah -2 selepas 3 bulan discaj. Terdapat hubungan signifikan di antara tahap pendidikan bapa dan BAZ (rs =0.312, p<0.01) dan HAZ (rs=0.376, p<0.01). Hubungan negatif pula didapati di antara bilangan anak di dalam keluarga (r =-0.203, p=0.05), dan jenis tandas (r=-0.220, p<0.05) dengan HAZ. Tiada hubungan di antara tahap pendidikan ibu, jumlah pendapatan isi rumah, bilangan anak, bilangan isirumah, jenis rumah, sumber air dengan semua petunjuk status pemakanan. Bagi petunjuk sekuriti makanan, seorang kanak-kanak (4.3%) mengalami ketiadaan sekuriti makanan isirumah, 69.6% mengalami ketiadaan sekuriti makanan individu pada aras dewasa dan 26.1% mengalami kelaparan anak. Tiada perbezaan signifikan di antara aras ketiadaan sekuriti makanan di antara kumpulan relapse dan non-relapse (p=0.917). Jumlah pengambilan tenaga bagi kumpulan relapse dan non relapse adalah 873 ±344 kcal/hari dan 850 ± 451 kcal/hari, masing-masing namun tiada perbezaan signifikan dalam pengambilan tenaga, karbohidrat, protein dan lemak bagi kedua-dua kumpulan. Tiada perbezaan signifikan dalam pengambilan makanan kanak-kanak di antara kedua-dua kumpulan ini dari segi tenaga, karbohidrat, protein dan lemak. Tempoh tinggal di hospital semasa rawatan merupakan faktor peramal yang penting bagi menentukan status WHZ selepas discaj (p<0.001). Pemahaman yang lebih teliti mengenai faktor asas yang menyebabkan berlakunya malpemakanan dalam komuniti Orang Asli adalah diperlukan untuk mengelakkan relapse pada masa depan.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectChild Nutrition Disorders-
dc.subjectMalnutrition-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleFaktor berkaitan malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak orang asli selepas discaj daripada program refeeding di hospital kerajaan-
dc.typetheses-
dc.format.pages129-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123967+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.