Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460353
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Gina Francesca Gabriel, Dr. | - |
dc.contributor.author | Dheephikha Kumaraguru (P94350) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:53Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:53Z | - |
dc.date.issued | 2021-06-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:123892 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460353 | - |
dc.description | Kes-kes kebakaran berkemungkinan melibatkan pembakaran tubuh manusia. Dalam kes-kes seperti ini di mana rangka tulang seperti tengkorak tidak dijumpai, pengenalpastian kehadiran mayat yang terbakar menjadi satu tugas yang mencabar kepada penyiasat kebakaran. Oleh itu, pengenalpastian petunjuk utama yang dihasilkan melalui pembakaran tisu manusia akan membantu penyiasat mengesan tisu manusia walaupun mayat manusia itu tidak dapat dilihat secara fizikal. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti petunjuk utama yang dihasilkan dari pembakaran tulang porsin dengan bahan api (petrol, diesel, minyak tanah) di persekitaran luar. Kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama melibatkan pengenalpastian perbezaan komposisi sebatian meruap dari bahan api yang tidak dibakar - petrol dan diesel, dari pembekal yang berbeza; X, Y dan Z. Replikat disediakan dengan melarutkan bahan api (petrol dan diesel) dengan pentana pada nisbah 1:1 dan kemudiannya dianalisis dengan kromatografi gas-spektrometri jisim (GC-MS). Walaupun kebanyakan sebatian meruap (n-alkana, isoalkana, n-alkena, sikloalkana, alkohol dan aromatik) di dalam petrol adalah sama merentas ketiga-tiga pembekal, namun didapati 3,7-dimetil-1-oktena dan 2,2,4-trimetilpentana dikesan khususnya dalam petrol dari X. Manakala 2-metil-1-butena dan 2-heksena dikesan secara spesifik di dalam petrol dari Y dan Z masing-masing. Bagi diesel pula, didapati kesemua sebatian meruap yang dikesan adalah sama merentas ketiga-tiga pembekal; n-alkana, isoalkana, sikloalkana, aromatik, monoterpena dan asid lemak. Walaupun begitu tiada pengesanan sebatian spesifik dikesan untuk ketiga-tiga pembekal. Komposisi minyak tanah yang tidak dibakar serta komposisi tulang porsin yang dibakar juga telah dikenalpasti. Untuk bahagian kedua, tulang porsin dibakar dengan setiap bahan api untuk tempoh yang berlainan; petrol dan minyak tanah (1 minit sehingga 11 minit) serta diesel (3 minit sehingga 13 minit). Pembakaran dilakukan di dalam tin aluminium di persekitaran luar. Selepas proses pembakaran, tablet karbon teraktif dipasang pada tin dan diinkubasikan dalam ketuhar. Kemudian, tablet tersebut dinyahserap dan dianalisis menggunakan GC-MS. Didapati apabila tempoh pembakaran meningkat, bilangan sebatian meruap yang dikesan makin berkurang merentas ketiga-tiga bahan api. Pembakaran bersama ini juga telah menghasilkan sebatian-sebatian meruap yang spesifik. Sebanyak 6, 22 dan 21 sebatian spesifik telah berjaya dikesan masing-masing dari petrol, diesel dan minyak tanah. Juga didapati bahawa petunjuk utama tulang porsin tidak dapat dikenal pasti dan diasingkan daripada bahan api dalam pembakaran bersama bahan api dan tulang porsin. Kajian ini telah berjaya mengetengahkan pengaruh bahan api, dan tempoh pembakaran terhadap penghasilan dan pengesanan sebatian meruap pirolisis dari pembakaran bahan api bersama tulang porsin.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations | - |
dc.subject | Academic - Malaysia | - |
dc.subject | Bone and Bones | - |
dc.subject | Bioprosthesis | - |
dc.title | Pengenalpastian petunjuk utama penguraian terma tulang porsin dan bahan api | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 228 | - |
dc.identifier.callno | WE200.D534p 2021 9 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123892+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.