Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460350
Title: Pembinaan data normatif Ujian Persepsi Pertuturan Pediatrik Bahasa Mandarin Malaysia (Malaysian Mandarin Paediatric Speech Perception Test – MyMaPS)
Authors: Elizabeth Lim Shu Jun (P97697)
Supervisor: Chong Foong Yen, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Speech
Verbal Behavior
Issue Date: 17-Sep-2021
Description: Ujian Persepsi Pertuturan Pediatrik Bahasa Mandarin Malaysia (MyMaPS) telah dibina untuk menilai persepsi pertuturan kanak-kanak yang menutur bahasa Mandarin di Malaysia. MyMaPS mempunyai lima kategori ujian untuk menilai persepsi corak pertuturan (kategori satu), spondee (kategori dua), vokal (kategori tiga), konsonan (kategori empat) dan nada (kategori lima) dalam bahasa Mandarin. Namun, data normatif MyMaPS belum dibina lagi sebagai rujukan kepada klinisyen untuk membandingkan prestasi kanak-kanak yang dinilai di klinik dengan kanakkanak sebaya yang berkembang secara tipikal. Objektif spesifik kajian ini termasuk menentukan kesan umur dan kategori ujian terhadap prestasi kanak-kanak, kebolehpercayaan uji-uji semula serta data normatif MyMaPS. Keupayaan persepsi pertuturan 136 kanak-kanak (68 perempuan, 68 lelaki) penutur bahasa Mandarin Malaysia yang berumur 3;0–6;11 tahun (min= 4.06; SD= 1.10) telah diuji dengan menggunakan MyMaPS dan sejumlah 20% peserta (n=28) telah diuji semula. Ujian Kruskal-Wallis H menunjukkan kesan umur yang signifikan (p< .05) bagi semua kategori dan subkategori ujian. Ujian lanjutan post-hoc Dunn-Bonferroni membuktikan bahawa kanak-kanak yang lebih muda (3;0–4;11 tahun) berprestasi lebih rendah secara signifikan (p< .05) berbanding dengan kanak-kanak yang lebih berumur (5;0–6;11 tahun) dalam setiap kategori dan subkategori ujian. Ujian Friedman menunjukkan kesan kategori ujian yang signifikan (p< .001) bagi kanakkanak pelbagai kumpulan umur. Ujian Wilcoxon Signed Rank selanjutanya menunjukkan pencapaian skor yang tinggi secara signifikan (p< .05) oleh semua kanak-kanak bagi tiga kategori ujian yang pertama berbanding dengan kategori empat dan lima. Pekali korelasi intra-kelas menunjukkan tahap kebolehpercayaan uji-uji semula “sederhana ke bagus” (.50–.88) bagi MyMaPS. Skor normatif telah diplot berdasarkan kumpulan umur bagi setip kategori dan subkategori ujian sebagai data normatif MyMaPS. Secara kesimpulan, data normatif spesifik bagi empat kumpulan umur kanak-kanak telah dibina untuk MyMaPS. MyMaPS sesuai digunakan untuk menilai keupayaan persepsi pertuturan kanak-kanak muda penutur bahasa Mandarin di Malaysia.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 42
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123807+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.