Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460343
Title: Pembangunan repelan topikal dan ruang berasaskan minyak pati tempatan yang diperkayai dengan minyak nigella sativa (L.)
Supervisor: Hidayatulfathi Othman, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Aromatherapy
Oils
Volatile
Plant Extracts
Issue Date: 7-Dec-2020
Description: Repelen berasaskan Litsea elliptica, Piper aduncum,danPiper sarmentosum telah dibuktikan berkesan sebagai repelan nyamuk. Namun, ianya sangat mahal dan akan menelan belanja yang besar untuk penggunaan jangka masa panjang. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengurangkan penggunaan minyak pati dengan menggantikannya dengan ekstrak tumbuhan lain yang mempunyai kesan sinergi serta mengenalpasti adjuvan untuk meningkatkan keberkesanan repelan. Formulasi baharu tersebut telah diuji sebagai topikal (krim) dan ruang (larutan). Kajian ini dibahagi kepada tigafasa, fasa pertama mengkaji potensi gabungan minyak pati L. elliptica, P. aduncum,danP. sarmentosum(campuran A)dimana telah menunjukkan hasil yang memberansangkan. Bagi fasa kedua, Nigella sativatelah dipilih sebagai adjuvan. Kajian saringan mendapati kesan repelan menunjukkan dos berkesan (ED)500.23% dan ED997%. Penghasilan krim topikal diuji dengan melibatkan lima jenis krim iaitu krim 1 (campuran A), krim 2 (N.sativa), krim 3 (5% campuran Adan 5% N. sativa)krim 4 (3% campuran A dan 7% N. sativa)dan krim 10% diethyltoluamide (DEET)sebagai rujukan. Kesemua krim dinilai menggunakan rujukan SIRIM MS 1497: 2007. Analisis varian antara subjek bercampur ANOVA menunjukkan perbezaan signifikan di antara kesemua formulasi yang diuji. Krim 3dan 4menunjukkan potensi kesan sinergi di antara kesemua campuran dimana krim 3didapati menunjukkan keberkesanan yang setara dengan 10% (DEET). Fasa ketiga (repelen ruang) menunjukkan campuran minyak pati dan N. sativamenunjukkan ciri-ciri repelan ruang. Teknik Y-tube digunakan untuk menilai ED bagi larutan minyak pati dan N. sativadimana ia mendapati ED509.64% dan 1.94%. Kemudian, kaedah sangkar dengan modifikasi telah digunakan bagi menilai keberkesanan dan jangka masa perlindungan di makmal. Hasil campuran 5% minyak pati bersama 5% N. sativa menunjukkan keberkesanan dan jangka masa perlindungan yang lebih tinggi. Seterusnya, larutan ini dinilai secara separa-lapangan bersama-sama dengan 1.6% prallethrin. Analisis varian antara subjek bercampur ANOVA mendapati perbezaan signifikan bagi kadar mortaliti (p<0.001). Kawalan positif menunjukkan 100% morbidselepas 30 minit manakala larutan menunjukkan 100% morbidselepas 270 minit. Walaupun kawalan positif menunjukkan hasil yang lebih efektif, larutan tersebut masih boleh digunakan sebagai repelan ruang kerana ia boleh menyebabkan Ae. aegyptiuntuk menunjukkan tingkahlaku abnormal. Dengan wujudnya kesan sinergik ini, repelan berasaskan bahan semulajadi boleh berdiri setanding dengan repelan sintetik dari segi keberkesanan dan harga yang berpatutan.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan)
Pages: 46
Call Number: QV766.N974p 2020 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121608+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
778.04 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.