Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460339
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Izatus Shima Taib, Dr. | |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:48Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:48Z | - |
dc.date.issued | 2020-12-06 | |
dc.identifier.other | ukmvital:121026 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460339 | - |
dc.description | Fenitrothion (FNT) merupakan salah satu organofosfat yang meluas penggunaannya telah dilaporkan menyebabkan kerosakan terhadap pelbagai organ termasuklah organ reproduktif lelaki. Walau bagaimanapun, kesan FNT terhadap status fertiliti lelaki dan risikonya ke atas progeni masih belum jelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menilai sama ada administrasi FNT pada tikus jantan menjejaskan tingkah laku seksual, prestasi reproduktif, hasil kehamilan dan kelahiran selepas proses pengawanan serta perubahan histomorfometri tikus progeni. Sebanyak 24 ekor tikus Sprague–Dawley jantan terbukti subur dibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan (n=8). Kumpulan kawalan diberikan minyak jagung (1 ml/kg) manakala kumpulan FNT–10 dan FNT–20 masing–masing diberikan 10 mg/kg dan 20 mg/kg FNT. Kesemua bahan diberikan secara paksaan oral selama 28 hari berturut–turut sebelum proses pengawanan dilakukan dengan tikus betina subur yang tidak dirawat. Pada akhir kajian, tikus jantan parental dikorbankan untuk mendapatkan plasma dan sperma bagi analisis selanjutnya. Sementara itu, tikus progeni iaitu pKawalan, pFNT–10 dan pFNT–20 dibiarkan membesar sehingga hari postnatal ke– 70 sebelum dikorbankan untuk mendapatkan organ bagi analisis histomorfometri. Hasil kajian menunjukkan pertambahan berat badan adalah lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan tikus FNT–10 dan FNT–20 berbanding kumpulan kawalan. Aktiviti asetilkolinesterase (AChE) adalah lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan FNT–20 berbanding kumpulan kawalan dan FNT–10 yang menjelaskan kehadiran simptom ketoksikan seperti hipoaktiviti, lakrimasi, piloereksi dan tremor. Bilangan, motiliti, viabiliti dan morfologi sperma normal adalah lebih rendah tetapi fragmentasi DNA sperma adalah lebih tinggi secara signifikan pada kumpulan FNT–10 dan FNT–20 berbanding kumpulan kawalan (p<0.05). Kedua–dua kumpulan FNT menyebabkan disfungsi tingkah laku seksual melalui peningkatan masa latensi pemanjatan, intromisi dan ejakulasi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan (p<0.05). FNT–10 dan FNT–20 juga menyebabkan frekuensi dan jumlah pemanjatan dan intromisi yang lebih rendah secara signifikan berbanding kumpulan kawalan (p<0.05). Seterusnya, FNT turut menyebabkan gangguan pada prestasi reproduktif melalui indeks pengawanan dan kehamilan yang lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan FNT–10 dan FNT– 20 berbanding kumpulan kawalan. Hasil kehamilan dan kelahiran pula menunjukkan bilangan betina hamil dan progeni yang dilahirkan adalah lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan FNT–20 berbanding dengan kumpulan kawalan. Analisis morfometri menunjukkan bilangan sel Leydig, diameter tubul seminiferus testis dan glomerulus renal kumpulan pFNT–20 yang lebih rendah secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan pKawalan. Ruang Bowman kumpulan pFNT–10 dan pFNT–20 jantan pula adalah lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan pKawalan. Selanjutnya, ruang Bowman kumpulan pFNT–20 jantan adalah lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan pFNT–10. Kesimpulannya, FNT telah menyebabkan gangguan fertiliti melalui disfungsi tingkah laku seksual dan prestasi reproduktif serta penurunan hasil kehamilan dan kelahiran tetapi tidak memberikan kesan pada progeni walaupun pada dos yang tidak menyebabkan perencatan pada aktiviti AChE.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan,Fenitrothion (FNT) merupakan salah satu organofosfat yang meluas penggunaannya telah dilaporkan menyebabkan kerosakan terhadap pelbagai organ termasuklah organ reproduktif lelaki. Walau bagaimanapun, kesan FNT terhadap status fertiliti lelaki dan risikonya ke atas progeni masih belum jelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menilai sama ada administrasi FNT pada tikus jantan menjejaskan tingkah laku seksual, prestasi reproduktif, hasil kehamilan dan kelahiran selepas proses pengawanan serta perubahan histomorfometri tikus progeni. Sebanyak 24 ekor tikus Sprague–Dawley jantan terbukti subur dibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan (n=8). Kumpulan kawalan diberikan minyak jagung (1 ml/kg) manakala kumpulan FNT–10 dan FNT–20 masing–masing diberikan 10 mg/kg dan 20 mg/kg FNT. Kesemua bahan diberikan secara paksaan oral selama 28 hari berturut–turut sebelum proses pengawanan dilakukan dengan tikus betina subur yang tidak dirawat. Pada akhir kajian, tikus jantan parental dikorbankan untuk mendapatkan plasma dan sperma bagi analisis selanjutnya. Sementara itu, tikus progeni iaitu pKawalan, pFNT–10 dan pFNT–20 dibiarkan membesar sehingga hari postnatal ke– 70 sebelum dikorbankan untuk mendapatkan organ bagi analisis histomorfometri. Hasil kajian menunjukkan pertambahan berat badan adalah lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan tikus FNT–10 dan FNT–20 berbanding kumpulan kawalan. Aktiviti asetilkolinesterase (AChE) adalah lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan FNT–20 berbanding kumpulan kawalan dan FNT–10 yang menjelaskan kehadiran simptom ketoksikan seperti hipoaktiviti, lakrimasi, piloereksi dan tremor. Bilangan, motiliti, viabiliti dan morfologi sperma normal adalah lebih rendah tetapi fragmentasi DNA sperma adalah lebih tinggi secara signifikan pada kumpulan FNT–10 dan FNT–20 berbanding kumpulan kawalan (p<0.05). Kedua–dua kumpulan FNT menyebabkan disfungsi tingkah laku seksual melalui peningkatan masa latensi pemanjatan, intromisi dan ejakulasi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan (p<0.05). FNT–10 dan FNT–20 juga menyebabkan frekuensi dan jumlah pemanjatan dan intromisi yang lebih rendah secara signifikan berbanding kumpulan kawalan (p<0.05). Seterusnya, FNT turut menyebabkan gangguan pada prestasi reproduktif melalui indeks pengawanan dan kehamilan yang lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan FNT–10 dan FNT– 20 berbanding kumpulan kawalan. Hasil kehamilan dan kelahiran pula menunjukkan bilangan betina hamil dan progeni yang dilahirkan adalah lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan FNT–20 berbanding dengan kumpulan kawalan. Analisis morfometri menunjukkan bilangan sel Leydig, diameter tubul seminiferus testis dan glomerulus renal kumpulan pFNT–20 yang lebih rendah secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan pKawalan. Ruang Bowman kumpulan pFNT–10 dan pFNT–20 jantan pula adalah lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan pKawalan. Selanjutnya, ruang Bowman kumpulan pFNT–20 jantan adalah lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan pFNT–10. Kesimpulannya, FNT telah menyebabkan gangguan fertiliti melalui disfungsi tingkah laku seksual dan prestasi reproduktif serta penurunan hasil kehamilan dan kelahiran tetapi tidak memberikan kesan pada progeni walaupun pada dos yang tidak menyebabkan perencatan pada aktiviti AChE | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Organophosphorus Compounds | |
dc.title | Kesan fenitrothion terhadap status fertiliti tikus sprague-dawley jantan serta risikonya ke atas progeni generasi pertama | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 192 | |
dc.identifier.callno | QU131.N974k 2020 9 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121026+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.