Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460323
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Azlin Binti Mohd Nordin, Profesor Madya Dr.-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:43Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:43Z-
dc.date.issued2020-08-15-
dc.identifier.otherukmvital:119090-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460323-
dc.descriptionKajian mengenai batasan fungsi lengan dalam kalangan penghidap strok di Malaysia adalah terhad walaupun ianya merupakan masalah yang kerap berlaku selepas strok. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap spastisiti, kecelaruan sensori, kefungsian dan meneroka cabaran yang dihadapi oleh penghidap strok yang mengalami batasan fungsi lengan dalam komuniti. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa. Fasa pertama adalah kajian keratan rentas terhadap 65 penghidap strok (min ± SD umur= 64.83 ± 8.05 tahun). Spastisiti diukur menggunakan Skala Tardieu manakala sensori diukur menggunakan Penilaian Sensori Nottingham. Kefungsian diukur menggunakan Jebsen Taylor Hand Function Test, item fungsi lengan skala Stroke Specific Quality of Life dan Skala Lawton Instrumental Activities of Daily Living (IADL). Dalam fasa kedua, kajian kualitatif menggunakan kaedah temubual mendalam terhadap lapan orang penghidap strok (min ± SD umur= 60.88 ± 10.14 tahun) dijalankan. Analisis kajian adalah secara deskriptif bagi fasa pertama dan analisis tematik bagi fasa kedua. Dapatan kajian fasa pertama menunjukkan lebih dari separuh penghidap strok mengalami kecelaruan sensori (mencecah 61.6%, n= 40) dan spastisiti (mencecah 58.5%, n=38). Kebanyakan penghidap strok menghadapi kesukaran untuk menulis (n=42, 64.6%) dan membuka penutup balang (n=42, 64.6%). Penghidap strok juga didapati mempunyai skor skala Lawton IADL yang rendah iaitu mean (SD) = 3.26 (2.41). Dalam kalangan penghidap strok yang mengalami batasan fungsi lengan pada tangan dominan pula (n=37), peratusan yang tinggi tidak dapat menyiapkan tugasan menulis (n=27, 73.0%) dan menyusun objek secara bertingkat (n=21, 56.8%). Sensori sentuhan menunjukkan hubungan yang kuat dan signifikan (r=-0.822, p=0.004) dengan fungsi lengan dan mempengaruhi sebanyak 67.5% tugasan menulis. Hasil temubual dalam fasa dua kajian mendapati bahawa tangan dominan yang terjejas menyebabkan kesukaran dalam melakukan pelbagai aktiviti harian asas dan aktiviti instrumental. Justeru, penghidap strok banyak menggunakan kaedah adaptasi untuk mengatasi cabaran yang dihadapi ketika melakukan aktiviti. Kesimpulannya, tahap spastisiti, kecelaruan sensori dan kefungsian dalam kalangan penghidap strok yang mengalami batasan fungsi lengan adalah ketara walaupun telah menjalani rehabilitasi. Terapi perlu difokus terhadap memulihkan sensori dan pergerakan berfungsi bagi mengurangkan kesukaran dalam aktiviti harian asas. Kata kunci: Strok, batasan fungsi lengan, spastisiti, kecelaruan sensori, aktiviti harian cabaran,Ijazah Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectStroke-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleTahap spastisiti, kecelaruan sensori, kefungsian dan cabaran dalam melakukan aktiviti harian dalam kalangan penghidap strok yang mengalami batasan fungsi lengan di komuniti-
dc.typetheses-
dc.format.pages152-
dc.identifier.callno9 Tesis WL356.N818t 2020-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119090+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.