Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460322
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hanif Farhan Mohd Rasdi, Dr. | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:43Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:43Z | - |
dc.date.issued | 2020-09-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119089 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460322 | - |
dc.description | Isu-isu dalam pekerjaan seperti kurangnya kecekapan sosial dan kemahiran yang sesuai yang diperlukan di tempat kerja biasanya dikaitkan dengan individu dengan skizofrenia. Oleh itu, program pekerjaan untuk individu dengan skizofrenia telah menjadi sebahagian penting daripada pemulihan psikososial. Walaupun beberapa pendekatan klinikal telah disediakan untuk menyokong pemulihan terhadap pekerjaan dalam kalangan individu dengan skizofrenia, bukti yang menyokong kesediaan untuk pekerjaan aktif didapati masih kurang. Oleh itu, strategi penilaian dan intervensi yang lebih tepat dan berkesan diperlukan bagi menyokong klien untuk bekerja dalam pekerjaan yang kompetitif. Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan Pakej Latihan Peralihan (PLP) yang merangkumi Modul Latihan Peralihan (MLP) dan Penilaian Pekerjaan Aktif (PPA) bagi individu yang mengalami skizofrenia. Kajian ini dijalankan dalam tiga fasa. Dalam Fasa I, sebuah pakej latihan telah dibangunkan berdasarkan tinjauan kepustakaan dan perbincangan kumpulan berfokus (n = 16) yang melibatkan pakar bidang termasuk ahli terapi carakerja, psikologis klinikal, majikan, dan individu dengan skizofrenia. Dalam Fasa II, satu kajian kebolehlaksanaan pakej latihan termasuk modul latihan dan penilaian telah dijalankan untuk mengkaji kemungkinan sebarang isu praktikal yang berkaitan dengan penggunaan dalam tetapan klinikal (n = 11). Dalam Fasa III, satu kajian yang menyelidik sifat psikometrik penilaian PPA dilakukan terhadap individu dengan skizofrenia (n = 53). Dapatan Fasa I memperoleh sembilan bahagian untuk modul latihan dan enam domain untuk penilaian. Isu mengenai keperluan latihan, sokongan dan stigma dalam kesihatan mental juga dikenalpasti. Dapatan Fasa II menunjukkan keperluan untuk pengubahsuaian dalam kandungan latihan dan kaedah latihan berdasarkan latar belakang sosio-ekonomi dan pendidikan klien. Bagi Fasa III, PPA menunjukkan unidimensionaliti yang baik untuk semua 26 item (pemberat faktor > 0.50), kesahan konvergen yang baik untuk kesemua enam domain (AVE > 0.50), kebolehpercayaan pengujian semula yang tinggi (ICC > 0.98) nilai ralat piawai pengukuran yang dapat diterima (SEM = 0.39). Kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa pakej latihan PLP dapat digunakan dalam amalan klinikal. Kajian masa depan disarankan untuk mengkaji keberkesanan pakej latihan PLP melalui percubaan klinikal rawak.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Schizophrenia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembangunan pakej latihan bagi menyokong pekerjaan yang aktif dalam kalangan individu dengan skizofrenia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 261 | - |
dc.identifier.callno | 9 Tesis WM203.M952p 2020 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119089+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.69 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.