Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460319
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDayang Fredalina Basri, Profesor Madya Dr.-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:42Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:42Z-
dc.date.issued2020-01-17-
dc.identifier.otherukmvital:118645-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460319-
dc.descriptionInfeksi Staphylococcus aureus rintang Methicillin (MRSA) merupakan ancaman kesihatan global yang telah mencetuskan kebimbangan sejak dekad yang lalu. Ekstrak daun Canarium odontophyllum telah terbukti sebagai agen anti-MRSA. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan mekanisme tindakan ekstrak aseton daun C. odontophyllum terhadap MRSA dengan menggunakan pendekatan proteomik bagi menganalisis perbezaan profil ekspresi protein (PEP). Dalam kajian ini, masa dan kepekatan yang optimum bagi rawatan ditentukan dengan menggunakan nilai kepekatan perencat minimum (MIC) dan asai masa-kematian (TKA). Sel MRSA dilerai secara mekanikal menggunakan ultra-sonikator untuk pengekstrakan protein sebelum pemisahan protein menggunakan gel elektroforesis dua dimensi (2-DE) dijalankan. Perbezaan PEP dianalisis dengan menggunakan perisian PDQuest dan dikenalpasti menggunakan spektrometri jisim matrix-assisted laser desorption/ionisation time-offlight/ time-of-flight (MALDI-TOF / TOF MS). Kajian menunjukkan ekstrak aseton daripada daun C. odontophylum adalah bakteriostatik terhadap MRSA Mu50 dengan nilai MIC dan MBC iaitu 312.5 μg/mL dan 625 μg/mL. Analisis TKA menunjukkan ekstrak aseton daun C. odontophyllum mempamerkan kesan antibakteria bersandarkan kepekatan dengan memaparkan tindakan bakteriostatik pada μx MIC, 1x MIC dan 2x MIC serta bakterisidal pada 4x MIC. Kepekatan subperencatan iaitu ½x MIC pada inkubasi selama 8 jam dipilih sebagai keadaan optimum untuk rawatan MRSA. Dalam kajian ini, parameter optimum untuk analisis proteomik adalah rehidrasi pasif dengan 100 μg jumlah protein MRSA yang dijalankan sehingga mencapai voltan 25 kVrhs semasa pemfokusan isoelektrik (IEF) menggunakan jalur IPG 17 cm pada julat pH 4-7. Analisis ekspresi protein berdasarkan peta gel 2-DE menunjukkan 9 protein mengalami peningkatan ekspresi dan 40 protein mengalami penurunan ekspresi dengan perbezaan lebih dua kali ganda (p <0.05) berbanding profil ekspresi protein tanpa rawatan. Kajian ini mendapati tiga protein yang mengalami penurunan ekspresi protein tertinggi kesan rawatan ekstrak aseton daun C. odontophyllum dikenalpasti sebagai uridylate kinase, urasil fosforibosiltransferase dan 30S protein ribosomal S2 yang mana terlibat dalam sintesis protein serta metabolisme pirimidina yang merupakan unsur penting dalam sintesis DNA dan RNA bakteria.,Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isoeng-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPlant Extracts-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations-
dc.subjectAcademic - Malaysia-
dc.titleAnalisis proteomik kesan rawatan ekstrak aseton daun canarium odontophyllum (dabai) ke atas staphylococcus aureus rintang methicillin (MRSA) Mu50-
dc.typetheses-
dc.format.pages157-
dc.identifier.callno9 Tesis QV766.N974a 2020-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118645+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.