Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460315
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNormah Che Din, Prof. Madya Dr.-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:41Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:41Z-
dc.date.issued2019-09-17-
dc.identifier.otherukmvital:118537-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460315-
dc.descriptionBahan sumber yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak disleksia di Malaysia adalah terhad. Aktiviti literasi merupakan aktiviti utama dalam program intervensi untuk kanak-kanak ini, manakala aktiviti kognitif masih kurang diberikan penekanan. Justeru, satu modul komprehensif yang meliputi aspek literasi dan kemahiran kognitif kanak-kanak disleksia perlu diwujudkan. Kajian ini bertujuan menentukan profil kemahiran kesedaran fonologi dan kognitif kanak-kanak disleksia di Malaysia. Di samping itu, satu modul intervensi yang komprehensif, berstruktur dan berorientasikan multisensori dibangunkan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan fonologi kanak-kanak ini. Kajian ini mempunyai dua fasa: Fasa I mengenalpasti pola kemahiran kesedaran fonologi dan kemahiran kognitif oleh 35 orang kanak-kanak disleksia berusia 8-13 tahun yang berada dalam Program Pendidikan Khas Disleksia (PPKD) di tiga buah sekolah kebangsaan terpilih di sekitar Kuala Lumpur. Fasa II pula ditumpukan kepada pembinaan satu modul intervensi yang mengandungi kemahiran kesedaran fonologi dan kemahiran kognitif. Fasa ini melibatkan enam orang pelajar siswazah pada tahap sarjana dalam Program Sarjana Psikologi Klinikal Universiti Kebangsaan Malaysia dan lima orang guru daripada PPKD untuk menilai modul tersebut. Sampel data daripada kedua-dua fasa kajian dikutip berdasarkan kaedah persampelan bertujuan dan dianalisis secara kuantitatif. Analisis deskriptif mendapati empat daripada lapan jenis kemahiran yang dinilai tergolong ke dalam kategori lemah iaitu pada kepantasan pemprosesan (M=7.4), ingatan verbal (M=5.63), visuospatial (M=6.97) dan fungsi eksekutif (M=32.49), manakala fungsi daya tumpuan (M=9.97), psikomotor (M=7.29), ingatan visual (M=11.46) dan kesedaran fonologi (M=51.1) tergolong dalam kategori sederhana dan baik. Dapatan kajian ini bertentangan dengan profil kanak-kanak disleksia dalam kajian terdahulu yang secara umumnya lemah pada semua jenis kemahiran. Ini mungkin dipengaruhi oleh keupayaan mental yang terhad, sensitiviti alat ujian yang digunakan, intensiti latihan yang diberikan serta ketiadaan kecacatan fizikal lain pada kanak-kanak disleksia tersebut. Dapatan daripada kesahan muka ke atas modul intervensi yang dibina menunjukkan ianya mempunyai kebolehlaksanaan dan kesahan yang tinggi. Kesimpulannya, kajian ini telah dapat memperihalkan pola kemahiran kognitif dan kemahiran kesedaran fonologi kanak-kanak disleksia khususnya di Kuala Lumpur. Selain itu, modul intervensi yang dibina serta mengandungi aspek kognitif dan kemahiran kesedaran fonologi ini berpotensi memberi manfaat kepada kanak-kanak disleksia khususnya untuk mengatasi defisit fonologi dan kognitif mereka. Adalah dicadangkan modul intervensi ini diujipakai di dalam kelas dan program intervensi disleksia.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCognitive behavioral therapy-
dc.subjectDyslexia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenentuan pola kemahiran kognitif dan kesedaran fonologi kanak-kanak disleksia: ke arah pembinaan satu modul intervensi-
dc.typetheses-
dc.format.pages138-
dc.identifier.callno9 Tesis Cd WS350.3.N974p 2019-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118537+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.