Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460312
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBariah Mohd Ali, Profesor Dr.-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:40Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:40Z-
dc.date.issued2020-05-12-
dc.identifier.otherukmvital:118526-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460312-
dc.descriptionKajian terdahulu menunjukkan perubahan komposisi air mata dalam kalangan pesakit diabetes (DM). Namun, laporan komposisi air mata pada keparahan Diabetik Retinopati Tidak Berfoliferasi (NPDR) yang berbeza-beza masih lagi kurang. Kajian ini melihat kepada perubahan Jumlah Kepekatan Protein (JKP) dan kepekatan Faktor Nekrosis Tumor Alfa (TNF-α) dalam air mata pada tiga tahap keparahan NPDR dan seterusnya mengkaji hubungkait mereka dengan kestabilan serta kuantiti air mata.Seramai 15 orang subjek daripada setiap kumpulan; (i) normal, (ii) DM tanpa NPDR,(iii) DM dengan NPDR ringan, (iv) DM dengan NPDR sederhana, (v) DM dengan NPDR teruk disaring menggunakan soal selidik McMonnies untuk menyingkirkan subjek yang mempunyai masalah mata kering. Air mata basal dikumpul menggunakan 20uL tiub mikrokapilari (NRIS Soda Lime, Blue) kemudian disimpan dalam peti sejuk -80 °C. Teknik Bradford digunakan bagi mengukur paras JKP manakala teknik Enzyme Link Immunosorbant Enzyme (ELISA) digunakan bagi mengukur kepekatan TNF-α dalam air mata setiap subjek. Kestabilan dan kuantiti air mata ditentukan menggunakan Ujian Masa Rekahan Air Mata (TBUT) dan Ujian Bebenang Fenol Merah (PRT). Semua data direkod dan dianalisa menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS Versi 22, SPSS inc, Chicago, IL, USA). Kesemua subjek (n=75)dengan purata umur 57.88±4.71 (p=0.837) memperolehi skor lebih kurang sama dalam soal selidik McMonnies (7.31±3.80, p=0.898). Paras JKP menurun manakala kepekatan TNF-α meningkat secara signifikan terutamanya dalam kalangan subjek NPDR sederhana dan teruk (p<0.05). Kestabilan dan kuantiti air mata pula menurun dengan signifikan seiring dengn darjah keparahan NPDR (p<0.05). Kuantiti air mata didapati berkorelasi dengan JKP (r=0.237, p<0.05) dan kepekatan TNF-α (r=-0.363, p<0.05). Kajian menyimpulkan, paras JKP dan TNF-α berubah mengikut darjah keparahan NPDR dan perubahan ini memberi impak besar kepada isipadu air mata. JKP dan TNF-α berpotensi digunakan dalam membantu mengesan NPDR pada peringkat awal.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Optometri)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDiabetic Retinopathy-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations-
dc.subjectAcademic - Malaysia-
dc.titleJumlah Kepekatan Protein (JKP) dan faktor nekrosis tumor alfa (TNF-a) dalam air mata pesakit diabetik retinopati tidak berproliferasi (NPDR)-
dc.typetheses-
dc.format.pages140-
dc.identifier.callno9 Tesis WK835.N974j 2020-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118526+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.