Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460308
Title: Kemampanan program penurunan berat badan terhadap parameter pemakanan, aktiviti fizikal dan kualiti hidup dalam kalangan suri rumah melayu dari perumahan kos rendah di Lembah Klang
Supervisor: Suzana Shahar, Prof. Dr.
Keywords: Berat badan
Pemakanan
Kualiti hidup
Weight Loss
Issue Date: 28-Jul-2020
Description: Beberapa kajian populasi di Malaysia menunjukkan bahawa indeks jisim tubuh dan prevalen obesiti dalam kalangan wanita, terutama suri rumah adalah lebih tinggi dari lelaki. Oleh itu mereka adalah golongan berisiko yang memerlukan intervensi penurunan berat badan. Kajian kuasi-eksperimental ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan program penurunan berat badan berasaskan perubahan gaya hidup di komuniti dalam kalangan suri rumah Melayu berumur 18-59 tahun dengan indeks jisim tubuh 25.0-34.9 kg/m2. Kumpulan intervensi menerima intervensi perubahan tingkahlaku selama enam bulan melibatkan kaunseling diet individu, aktiviti fizikal dan pemantauan kendiri (susulan pada peringkat dasar, bulan 1, 2, 3 dan 6) dengan sasaran penurunan berat sekurangnya 5%. Kumpulan kawalan menerima enam sesi program kesihatan wanita dari kakitangan perubatan. Seramai 289 suri rumah yang tinggal di empat belas pangsapuri kos rendah di Kuala Lumpur memenuhi kriteria kajian dan dibahagikan kepada kumpulan intervensi (n=145) dan kawalan (n=144). Analisis ANCOVA pengukuran berulang digunakan untuk menentukan keberkesanan program intervensi. Dapatan menunjukkan terdapat kesan kumpulan dengan penurunan berat yang siginifikan dalam kumpulan intervensi sebanyak 1.5 kg (2.0% dari berat dasar) berbanding kumpulan kawalan 0.9 kg (1.3% dari berat dasar) (p<0.05). Kesan kumpulan juga dilihat bagi peratus lemak badan, glukos darah berpuasa, pengambilan makanan (kalori, karbohidrat, protein dan lemak) dan ketidakselesaan fizikal iaitu terdapat penurunan lebih besar dan signifikan dalam kumpulan intervensi berbanding kawalan (p<0.05 bagi semua parameter). Kesan masa ditunjukkan bagi ukurlilit pinggang dan jisim otot rangka kedua-dua kumpulan (p<0.05 bagi semua parameter). Kesan intervensi dilaporkan bagi pengambilan karbohidrat, peratus lemak badan, indeks otot rangka, lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL-C) dan ketidakselesaan badan (p<0.05 bagi semua parameter). Kumpulan intervensi menunjukkan peningkatan indeks otot rangka, penurunan pengambilan karbohidrat dan peratus lemak badan dengan lebih ketara dan signifikan mengikut masa berbanding kumpulan kawalan (p<0.05 bagi semua parameter). Kumpulan intervensi juga menunjukkan pengurangan ketidakselesaan fizikal dan dapat mengekalkan aras HDL-C, sebaliknya berlaku penurunan HDL-C dengan signifikan dalam kumpulan kawalan (p<0.05). Kesimpulannya, min penurunan berat badan kumpulan intervensi tidak mencapai sasaran 5% penurunan, tetapi program ini adalah berkesan untuk menurunkan pengambilan karbohidrat dan peratus lemak badan, serta mengekalkan aras HDL-C darah. Ia berpotensi digunakan sebagai strategi intervensi kesihatan awam bagi menangani masalah obesiti dalam kalangan suri rumah Melayu di perumahan kos rendah.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Dietetik)
Pages: 245
Call Number: 9 Tesis QT235.R224k 2020
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118177+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.