Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460307
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Suzana Shahar, Prof. | |
dc.contributor.author | Dzairudzee Rosli (P73212) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:39Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:39Z | - |
dc.date.issued | 2019-07-17 | |
dc.identifier.other | ukmvital:117028 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460307 | - |
dc.description | Radiasi pelvis adalah rawatan kanser di bahagian pelvik, namun dilaporkan 80% pesakit mengalami diarea sebagai kesan akut rawatan dan mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti malnutrisi, sakit abdomen, mengurangkan kualiti kehidupan serta meningkatkan kos rawatan dan penangguhan rawatan radioterapi. Oleh itu, kajian ini bertujuan menilai keberkesanan gam guar separa hidrolisis (GGSH) dalam mengurangkan risiko diarea yang diaruh oleh radioterapi, status pemakanan dan kualiti hidup dalam kalangan pesakit kanser yang menjalani rawatan radiasi pelvis di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Sejumlah 30 pesakit yang menjalani rawatan radiasi pelvis dirawakkan untuk menerima 10 gram GGSH atau plasebo (maltodekstrin) dua kali sehari selama 14 hari sebelum dan 14 hari semasa rawatan radiasi pelvis dijalankan. Penilaian gejala diarea (bentuk najis menggunakan carta Bristol Stool Chart, keterukan diarea menggunakan pengkelasan National Cancer Institute Common Toxicity Criteria (NCI-CTC) dan frekuensi diarea), status pemakanan menggunakan penilaian Scored Patient-Generated Subjective Global Assessment (PG-SGA) dan kualiti hidup menggunakan borang soalselidik The European Organization for Research and Treatment of Cancer Care Quality of Life Questionnaire (EORTC QLQ-C30) direkod pada peringkat dasar, 14, 28 (dua minggu setelah radiasi pelvis) dan 45 (setelah tamat radiasi pelvis). Seramai 23 pesakit dengan min umur 56.5 + 10.8 tahun (50% malnutrisi bagi Kumpulan Intervensi dan 25% Kumpulan Kawalan) melengkapkan kajian sehingga tamat rawatan radiasi pelvis. Hasil menunjukkan sejumlah 37% subjek mengalami malnutrisi sebelum radiasi pelvis dan meningkat kepada 45% tamat radiasi pelvis. Trend min terlaras frekuensi diarea lebih rendah bagi Kumpulan Intervensi setelah tamat radiasi pelvis berbanding kawalan iaitu Intervensi 0.68+0.46, Kawalan 1.56+0.43 (p<0.05). Analisis sub sampel dalam kalangan pesakit kanser kolorektal juga menunjukkan trend yang sama iaitu Intervensi 0.75+0.50, Kawalan 1.75+0.71. Pengambilan GGSH tidak memberi kesan terhadap status pemakanan dan kualiti hidup. Kesimpulannya, suplementasi GGSH pada pesakit yang menjalani radiasi pelvis berpotensi mengurangkan frekuensi diarea tetapi kemungkinan dos yang lebih tinggi diperlukan untuk perolehi hasil klinikal yang memuaskan terutama ketika radiasi pelvis sedang dijalankan. Terdapat keperluan lanjutan untuk menentukan dos GGSH yang sesuai mengikut jenis kanser dan status nutrisi pesakit.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Dietetik) | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kemoterapi | |
dc.subject | Kanser | |
dc.subject | Diarea | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Keberkesanan pengambilan gam guar separa hidrolisis (GGSH) dalam mengurangkan risiko diarea dalam kalangan pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi dan radiasi pelvis | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 23 | |
dc.identifier.callno | 9 Tesis Cd Wl407.D999k 2019 | |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117028+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 459.32 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.