Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460305
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Balkis Budin, Profesor Dr.
dc.contributor.authorFatin Farhana Binti Jubaidi (P84204)
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:38Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:38Z-
dc.date.issued2019-08-26
dc.identifier.otherukmvital:116077
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460305-
dc.descriptionMonosodium glutamat (MSG) digunakan secara meluas dalam penyediaan makanan. Pengambilannya secara berlebihan didapati menyebabkan kerosakan terhadap sistem reproduktif lelaki melalui aruhan kerosakan oksidatif. Daun jambu batu (Psidium guajava) dilaporkan mempunyai kandungan antioksidan dan kompaun fenolik yang tinggi serta berpotensi dalam mengurangkan kerosakan oksidatif dalam pelbagai keadaan patologi. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji kesan ekstrak akueus daun jambu batu (PGAE) ke atas sperma, testis dan hormon reproduktif tikus jantan aruhan MSG. Sebanyak 32 ekor tikus Sprague-Dawley jantan dewasa dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan kawalan Normal (NC), PGAE sahaja (PGAE), MSG sahaja (MSG) dan MSG dengan rawatan PGAE (MSGPGAE). Dos MSG dan PGAE yang digunakan adalah masing masing pada 120 mg/kg dan 500 mg/ kg. Semua rawatan diberikan setiap hari secara paksaan oral selama 28 hari. Analisis statistik yang digunakan adalah ANOVA sehala di mana p<0.05 dianggap signifikan. Analisis aktiviti antioksidan mendapati aktiviti perencatan radikal bebas PGAE adalah lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding hidroksitoluen berbutil (BHT) dan hampir menyamai perencatan radikal bebas oleh asid askorbik. Nilai Ferric Reducing Antioxidant Power (FRAP) PGAE pula adalah lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding BHT tetapi tiada perbezaan yang signifikan dengan asid askorbik. Kandungan fenolik di dalam PGAE juga lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding BHT dan tiada perbezaan yang signifikan dengan asid askorbik. Perbandigan aras hormon lutein (LH) didapati lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada tikus MSG berbanding kumpulan PGAE. Walaubagaimana pun, tiada perbezaan yang signifikan pada aras testosteron dan hormon perangsang folikel (FSH) antara kumpulan MSG dan MSGPGAE. Analisis ciri-ciri sperma pula menunjukkan bilangan, peratusan motiliti dan viabiliti sperma yang lebih tinggi manakala peratusan ketaknormalan morfologi sperma pula lebih rendah secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan MSGPGAE berbanding kumpulan MSG. Rawatan PGAE pada tikus aruhan MSG berupaya mengurangkan tekanan oksidatif pada kedua-dua sperma dan testis ditunjukkan melalui penurunan pada aras malondialdehid (MDA) dan produk pengoksidaan protein lanjutan (AOPP) berserta peningkatan pada aras glutation terturun (GSH) dan aktiviti enzim superoksida dismutase (SOD) yang signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan MSG. Malahan, terdapat peningkatan ketebalan epitelium germa dan saiz diameter tubul seminiferus yang signifikan (p<0.05) pada testis kumpulan MSGPGAE berbanding kumpulan MSG. Di samping itu, rawatan PGAE juga berjaya menghalang perubahan morfologi pada epididimis, prostat dan vesikel seminal akibat aruhan MSG. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa PGAE berpotensi dalam menghalang kerosakan sistem reproduktif tikus jantan aruhan MSG dengan melawan kerosakan oksidatif setempat.,Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Sains Bioperubatan)
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectTikus
dc.subjectJambu batu
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan ekstrak akueus daun jambu batu (psidium guajava) terhadap sistem reproduktif tikus jantan aruhan monosodium glutamat
dc.typetheses
dc.format.pages223
dc.identifier.callnoQV766.F253k 2019
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116077+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.