Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460300
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Poh Bee Koon, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Wee Bee Suan (P36665) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:37Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:37Z | - |
dc.date.issued | 2011-06-10 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114908 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460300 | - |
dc.description | Sindrom metabolik menjadi masalah kesihatan awam dengan pertambahan kejadian morbiditi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sedunia. Kajian ini dijalankan untuk menentukan hubungan di antara aktiviti fizikal, ukurlilit pinggang dan komposisi tubuh serta faktor risikonya dengan sindrom metabolik. Seramai 402 subjek remaja berumur 9 – 12 tahun dari sekolah yang terpilih di Selangor dan Kuala Lumpur terlibat dalam kajian. Subjek terdiri daripada 61% Melayu (n=245), 30.6% Cina (n=123) dan 8.2% India (n=33). Borang soal-selidik digunakan untuk mengumpul data tentang sosioekonomi dan aktiviti fizikal subjek. Pengukuran antropometri dan biokimia terdiri daripada berat, tinggi, ukurlilit pinggang, pinggul, glukosa darah berpuasa (FBG), profil lipid penuh termasuk trigliserida (TG), kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan jumlah kolesterol (TC) dan juga tekanan darah. Komposisi tubuh diukur dengan kaedah bioelectrical impedance analysis. Rujukan pertumbuhan IJT-untuk-umur WHO (2007) digunakan untuk mengkategorikan subjek kepada kumpulan berlebihan berat badan/obes (IJT+1SD) dan berat badan normal (IJT median). Kriteria International Diabetes Federation (2007) untuk kanak-kanak digunakan bagi mengenalpasti sindrom metabolik subjek kajian. Aktiviti fizikal subjek diukur dengan pedometer pada subsampel berjumlah 111 subjek. Majoriti ibu bapa berpendidikan sehingga peringkat sekolah menengah, dan mempunyai min pendapatan keluarga RM3240. Min±SD untuk umur, tinggi, berat dan IJT adalah masing-masing 11-0±0.8 tahun; 146.7±7.8 cm; 54.4±11.4 kg dan 25.1±3.7 kg/m2 bagi kanak-kanak berlebihan berat badan/obes dan 11.0±0.9 tahun; 140.0±8.1 cm; 31.1±6.2 kg dan 15.8±2.0 kg/m2 bagi kanak-kanak berat badan normal. Kanak-kanak berlebihan berat badan/obes menunjukkan profil biokimia (TG, HDL, SBP, DBP, p<0.001; LDL, p<0.05), peratus lemak badan yang lebih tinggi (FM, p<0.001) dan ciri-ciri antropometri yang lebih tinggi secara signifikan (Ht, Wt, IJT, WC, HC, p<0.001) berbanding dengan kumpulan berat badan normal. Sindrom metabolik didapati dalam 5.3% kanak-kanak berat badan berlebihan/obes manakala tiada kanak-kanak berat badan normal mempunyai sindrom metabolik (p<0.01). Kanak-kanak berlebihan berat badan/obes mempunyai Odd 189 kali mendapat sindrom metabolik dengan obesiti sentral, diikuti dengan Odd 5.86 kali dengan BP yang tinggi. Regresi logistik binari menunjukkan subjek India mempunyai Odd 5.49 kali untuk mendapat sindrom metabolik berbanding dengan subjek Cina (OR: 0.33; 95% CI: 0.04, 2.77). Majoriti subjek mempunyai aktiviti fizikal rendah (87.8%) dan hanya 12.2% mempunyai aktiviti fizikal sederhana. Hanya 27.1% kanak-kanak lelaki dan 13.8% kanak-kanak memenuhi saranan bilangan langkah/hari. Subjek dengan aktiviti fizikal rendah mempunyai Odd 6.53 kali mendapat sindrom metabolik berbanding dengan subjek dalam aktiviti fizikal sederhana (p<0.01). Tiada perkaitan signifikan di antara sindrom metabolik dengan faktor sosiodemografi dan komposisi tubuh. Kesimpulannya, subjek kajian mempunyai aktiviti fizikal yang rendah, mempunyai risiko sindrom metabolik walaupun pada umur yang masih muda. Aktiviti fizikal merupakan komponen program intervensi yang penting bagi kanak-kanak yang berisiko mendapat sindrom metabolik.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains Kesihatan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Physical activity -- childrens | - |
dc.subject | Metabolic syndrome | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Aktiviti fizikal, ukurlilit pinggang dan komposisi tubuh kanak-kanak serta kaitannya dengan petunjuk sindrom metabolik | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 189 | - |
dc.identifier.callno | QT255.W394a 2011 9 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002491(2011) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114908+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 749.36 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.