Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460299
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSallehudin Sulaiman, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNorashiqin Misni (P43504)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:37Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:37Z-
dc.date.issued2011-07-11-
dc.identifier.otherukmvital:114755-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460299-
dc.descriptionPenggunaan insektisid sintetik yang berterusan menyebabkan kesan toksik kepada manusia dan organisma bukan sasaran dan merangsang perkembangan kerintangan kepada insektisid kimia bagi kebanyakan spesies nyamuk. Masalah ini menimbulkan minat kepada eksploitasi penggunaan produk semulajadi sebagai insektisid alternatif. Dalam kajian ini, aktiviti insektisidal minyak pati Piper aduncum Linnaeus terhadap Aedes aegypti dan Aedes albopictus dinilai di makmal dan di lapangan. Ujian larvisid dan adultisid dijalankan berdasarkan kepada kaedah piawaian oleh WHO 2005 dan WHO 1981. Keputusan menunjukkan minyak pati P. aduncum menunjukkan aktiviti larvisid yang baik dengan nilai kepekatan kematian (LC50) pada 0.0009 μgml-1 terhadap Ae. aegypti dan 0.0008 μgml-1 terhadap Ae. albopictus. Bioasai dewasa menunjukkan kesan kematian pada nilai LC50 0.3 mgcm-2 terhadap Ae. aegypti dan 0.04 mgcm-2 terhadap Ae. albopictus. Ujian ovisid pula menunjukkan minyak pati P. aduncum berpotensi dalam menghalang penetasan telur Ae. aegypti dan Ae. albopictus dengan memberi nilai LC50 masing-masing pada 1.5 μgml-1 dan 1.1μgml-1. Ujian repelan menunjukkan median dos berkesan (ED50) adalah 1.2 μgcmˉ² bagi Ae. aegypti dan 1.5 μgcmˉ² bagi Ae. albopictus. Berdasarkan kaedah SIRIM, pada kepekatan 0.4 g, minyak pati P. aduncum memberikan 100% perlindungan daripada gigitan nyamuk Ae. aegypti dan 95.2% terhadap gigitan nyamuk Ae. albopictus sehingga dua jam selepas pendedahan. Formulasi aerosol minyak pati P. aduncum pada kepekatan 10% menunjukkan kesan kepengsanan pada nilai LT50 pada 4.5 minit terhadap Ae. aegypti dan 3.6 minit terhadap Ae. albopictus. Kesan kematian semburan aerosol minyak pati P. aduncum terhadap Ae. aegypti dicatat pada nilai LC50 5.6% dan 5.5% terhadap Ae. aegypti dan Ae. albopictus, masing-masing. Kajian lapangan aerosol minyak pati P. aduncum terhadap nyamuk dewasa Ae. albopictus menunjukkan kesan kepengsanan sebanyak 97.8% pada kepekatan 10% dan 94.8% pada kepekatan 8% manakala aerosol komersial (0.09% prallethrin; 0.05% d-phenothrin) memberikan 100% kepengsanan. Kematian selepas 24 jam post-rawatan adalah sebanyak 100% pada kepekatan 10% dan 97.1% pada kepekatan 8% manakala aerosol komersial pula menunjukkan 100% kematian. Tiada perbezaan yang signifikan dalam peratus kepengsanan dan kematian nyamuk dewasa antara aerosol yang mengandungi minyak pati P. aduncum dan aerosol komersial (p=0.34). Semburan aerosol minyak pati P. aduncum menunjukkan kesan kematian yang lemah kepada larva Ae. albopictus iaitu 17.3 % pada kepekatan 10% dan 8.2% pada kepekatan 8%, berbanding dengan aerosol komersial yang memberi 85.9% kematian (p<0.001). Kandungan kimia minyak pati P. aduncum yang utama adalah apiol (38.0%), metil isobutil keton (8.3%), 2-Cyclohexen-1-one, 3-methyl-6-(1-methylethyl) (3.3%), Kariofilena (2.5%) dan α-Kariofilena (1.42%). Sebagai kesimpulan, minyak pati P. aduncum mempunyai potensi dibangunkan sebagai insektisid alternatif dalam kawalan nyamuk vektor.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDengue -- Malaysia-
dc.subjectPiper Aduncum (Linnaeus essential oil) -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan minyak pati piper aduncum linn.(FAM: Piperaceae) sebagai insektisid botanikal terhadap vektor denggi Aedes? aegypti linnaeus dan Aedes albopictus skuse-
dc.typetheses-
dc.format.pages447-
dc.identifier.callnoWC528.N822k 2011 9 tesis-
dc.identifier.barcode002424(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114755+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.