Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460293
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Cila Umat, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Juliana Shamsudin (P77101) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:35Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:35Z | - |
dc.date.issued | 2019-09-08 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:113789 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460293 | - |
dc.description | Implan koklea merupakan pilihan utama intervensi untuk mereka yang bermasalah pendengaran sensorineural pada tahap yang teruk dan sangat teruk. Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian auditori dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran pralingual pengguna implan koklea serta mengenalpasti faktor demografi yang signifikan menyumbang kepada pencapaian mereka. Seramai 48 orang kanak-kanak daripada Program Implan Koklea Kebangsaan yang berumur pendengaran antara 12 hingga 89 bulan (min = 42.60 ± 19.46 bulan) terlibat dalam kajian ini. Pencapaian auditori kanak-kanak diukur menggunakan beberapa sub-ujian daripada bateri ujian Evaluation of Auditory Responses to Speech (EARS) versi Bahasa Melayu untuk mengukur persepsi pertuturan, manakala soal-selidik Parents' Evaluation of Aural/ Oral Performance of Children (PEACH) digunakan untuk mendapatkan pandangan ibubapa terhadap kefungsian pendengaran kanak-kanak. Stimulus pertuturan terakam dipersembahkan kepada kanak-kanak dalam medan bebas pada intensiti bunyi kira-kira 65 dBSPL dalam bilik terawat bunyi. Keputusan ujian persepsi pertuturan dikategorikan menggunakan Indeks Kategori Pencapaian Auditori versi Bahasa Melayu (My-CAPI) bermula daripada '0' (Tiada/ Kepekaan Terhad Terhadap Bunyi) hingga '9' (Persepsi Pertuturan Set Terbuka Yang Tinggi Dalam Bunyi Bising). Keputusan menunjukkan kebanyakan subjek (N=20, 41.7%) berada pada kategori '2' (Persepsi Pertuturan Set Tertutup Yang Terhad Dalam Senyap) dalam My-CAPI, manakala tiga orang subjek mencapai kategori maksimum '9'. Min skor PEACH dalam senyap adalah lebih tinggi dan signifikan (56.3%) berbanding dalam bunyi bising (53.5%) (p < 0.05). Mod komunikasi adalah satusatunya faktor demografi yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan My- CAPI dan skor PEACH (p < 0.01). Koefisyen korelasi Pearson menunjukkan perhubungan yang kuat di antara skor PEACH dan My-CAPI (p < 0.01; r = 0.71), mencadangkan soal-selidik PEACH boleh memberikan indikasi prestasi auditori jika ujian pertuturan tidak dapat dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti kanakkanak implan koklea yang diuji dalam kajian ini belum mencapai prestasi auditori yang memberangsangkan ketika diuji dan penggunaan komunikasi lisan berkorelasi dengan pencapaian auditori yang lebih baik.,Sarjana Sains Kesihatan (Pendengaran & Pertuturan) | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Koklea | - |
dc.subject | Implan | - |
dc.subject | Auditori | - |
dc.subject | Sensorineural | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Pencapaian auditori kanak-kanak dengan kepekakan pralingual pengguna implan koklea di bawah program implan koklea kebangsaan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 133 | - |
dc.identifier.callno | Tesis Cd WV274.J94p 2019 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_113789+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.75 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.