Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460285
Title: Pengaruh pencahayaan bilik darjah terhadap fungsi visual murid penglihatan terhad
Authors: Wan Nur 'Amirah Ibrahim (P82507)
Supervisor: Zainora Mohammed, Dr.
Keywords: Pencahayaan
Visual
Penglihatan terhad
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 3-Jan-2019
Description: Pencahayaan boleh mempengaruhi fungsi visual seseorang termasuk akuiti visual dan sensitiviti kontras. Objektif utama kajian ini adalah mengkaji tahap pencahayaan di dalam bilik darjah dan pengaruhnya terhadap fungsi visual murid penglihatan terhad. Fasa I kajian terdiri dari dua peringkat. Peringkat pertama bertujuan menentukan perubahan tahap pencahayaan dalam bilik darjah semasa sesi pembelajaran di SMPK Setapak. Peringkat kedua bertujuan membandingkan pencahayaan bilik darjah untuk tiga kondisi cahaya berbeza iaitu di bawah cahaya cerah sahaja, dengan tambahan cahaya buatan dan dengan cahaya cerah tanpa halangan. Tahap pencahayaan bilik darjah diukur mengunakan luxmeter digital ILM1335 (ISO-TECH, Taiwan). Fasa II bertujuan membandingkan fungsi visual (akuiti visual dan sensitiviti kontras) murid penglihatan terhad pada tahap pencahayaan yang berbeza. Seramai 40 murid terlibat dalam Fasa II. Akuiti visual diukur menggunakan carta logMAR dan sensitiviti kontras menggunakan carta Pelli-Robson. Enam tahap pencahayaan iaitu 50, 100, 200, 400, 800 dan 1600 lux digunakan. Untuk peringkat pertama, Fasa I, tahap pencahayaan bilik darjah meningkat dengan signifikan dari jam 8 hingga 11 pagi [ANOVA Sehala Pengukuran Berulang: F(2.14, 34.26)=76.49, p<0.001] dan mencapai tahap maksimum pada jam 1 petang (M=405.09±139.68 lux). Untuk peringkat kedua, tahap pencahayaan bilik darjah tertinggi diperolehi pada kondisi cahaya cerah dengan tambahan cahaya buatan [ANOVA Sehala Pengukuran Berulang: F(2,34)=110.51, p<0.001] berbanding dua kondisi lain. Tahap pencahayaan pada kondisi cahaya cerah tanpa halangan juga lebih tinggi secara signifikan berbanding cahaya cerah sahaja (Pairwise Comparison: p=0.001). Keputusan Fasa II mendapati akuiti visual dan sensitiviti kontras murid penglihatan terhad meningkat secara signifikan apabila tahap pencahayaan dinaikkan sehingga 400 lux [Fakuiti visual(2.34, 86.61)=34.65, p<0.001; Fsensitiviti kontras(2.52, 93.08)=46.83, p<0.001]. Kajian ini mendapati tahap pencahayaan dalam bilik darjah berubah dengan signifikan sepanjang sesi pembelajaran. Pencahayaan minimum yang diperlukan untuk mencapai fungsi visual yang optimum dalam kalangan murid penglihatan terhad adalah 400 lux.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 117
Call Number: WW276.W244p 2019 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_103519+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.