Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460283
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorimah A. Karim, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorChong Guey Yong (P78521)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:33Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:33Z-
dc.date.issued2018-11-16-
dc.identifier.otherukmvital:101697-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460283-
dc.descriptionAnggaran berlebihan prevalens amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif (EBF) telah dilaporkan dalam kajian lepas. Kaedah ingatan semula sesuai digunakan dalam kajian anggaran amalan penyusuan dalam populasi yang besar tetapi kesilapan lapor berlaku. Kaedah rancangan tidak sesuai dalam penentuan amalan penyusuan susu ibu kerana rancangan ibu berubah atas punca-punca tertentu. Oleh itu, kaedah yang tepat dan boleh dipercayai untuk menentukan amalan EBF adalah amat penting. Kajian keratan rentas ini telah dijalankan untuk membandingkan amalan EBF dalam kalangan ibu di lembah Klang antara kaedah ingatan semula, rancangan amalan penyusuan susu ibu dan kaedah deuterium oksida. Seramai 32 pasangan ibu-bayi telah direkrut dari hospital dan klinik kesihatan kerajaan di Lembah Klang. Hanya 30 pasangan ibu bayi telah melengkapkan protokol kajian. Borang soal selidik berkaitan dengan sosiodemografi dijawab sendiri oleh ibu manakala borang soal selidik perancangan amalan EBF dan ingatan semula telah ditemuduga oleh penyelidik. Air liur asas (baseline) dari pasangan ibu-bayi dikumpul selepas ibu menerima 30 ± 0.01g air D2O. Sampel air liur dikumpul dari pasangan ibu-bayi sebanyak 6 kali iaitu pada hari ke-1,2,3,4,13 dan 14 selepas ibu diberi air D2O. Data dari kaedah ingatan semula dan soalselidik amalan EBF dan data isotop dibandingkan dengan menggunakan analisis statistik. Hasil kajian mendapati majoriti (96.7%) ibu adalah Melayu dengan min umur ibu 30.1 ± 3.6 tahun. Status pekerjaan mendapati majority 56.7% ibu adalah pelajar dan 46.6% ibu bekerja di sektor swasta atau kerajaan. 93.3% ibu tiada sebarang penyakit dan semua ibu tidak merokok dan tidak minum alkohol. Keputusan dari soalselidik perancangan amalan penyusuan susu ibu mendapati semua ibu mangaku yang mereka mengamalkan amalan EBF dan bayi mereka tidak pernah menerima sebarang sumber air selain susu ibu. Manakala dalam kaedah ingatan semula 96.7% ibu melaporkan mengamalkan amalan EBF dan antara 3.3% bayi telah menerima air. Namun, data isotop dari kaedah deuterium oksida menunjukkan hanya 3% ibu yang mengamalkan EBF sementara 86.7% adalah mengamalkan ibu penyusuan secara predominan dan 10% yang mengamalkan amalan penyusuan secara separa dari data isotop. Data dari isotop juga, min pengambilan susu ibu oleh bayi adalah sebanyak 721.3 ± 243.2 g sehari sementara min sumber air bukan dari susu ibu adalah 101.5 ± 62.8g sehari. Hasil kajian menunjukkan kaedah ingatan semula dan soalselidik rancangan amalan penyusuan susu ibu cenderung untuk terlebih anggar EBF berbanding dengan kaedah D2O.,Sarjana Sains Kesihatan-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSusu ibu-
dc.subjectPenyusuan-
dc.subjectDeuterium oksida-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePerbandingan amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif antara kaedah ingatan semula, rancangan amalan penyusuan susu ibu dengan deuterium oksida dalam kalangan ibu Lembah Klang-
dc.typetheses-
dc.format.pages165-
dc.identifier.callnoWS125.C548p 2018 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101697+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.