Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460282
Title: Hasil neuro-motor task training di sekolah terhadap prestasi motor kanak-kanak dengan development coordination disorder
Authors: Nor Azizah Mohamad (P79514)
Supervisor: Nor Azlin Bt Mohd Nordin, Profesor Madya Dr.
Keywords: Neuro-motor task training
Developmental coordination disorder (DCD)
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-May-2018
Description: Terdapat ramai kanak-kanak masalah pembelajaran tanpa ketidakupayaan fizikal didapati mengalami kecelaruan koordinasi motor atau 'developmental coordination disorder' (DCD). Intervensi fizikal di sekolah terbukti berupaya mengatasi masalah koordinasi motor namun kajian menggunakan neuro-motor task training (NTT) masih terhad. Kajian kuasi-eksperimen ini bertujuan menilai kesan intervensi NTT berbanding pendidikan jasmani (PJ) terhadap kanak-kanak yang mengalami DCD di sekolah yang menyediakan program pendidikan khas integrasi. Seramai 53 peserta berumur 7 hingga 10 tahun telah direkrut dari tujuh buah sekolah di sekitar Lembah Klang dan mengambil bahagian dalam kajian ini iaitu seramai 32 peserta (22 lelaki, 10 perempuan) dalam kumpulan NTT dan 21 peserta (12 lelaki, 9 perempuan) dalam kumpulan PJ. Kedua-dua kumpulan adalah sebanding dari segi umur dan tahap koordinasi motor pada pra-intervensi. Intervensi dijalankan sebanyak dua kali seminggu selama lapan minggu. Penilaian prestasi motor kedua-dua kumpulan peserta pasca-intervensi telah dibuat menggunakan ujian Movement Assessment Battery for Children (MABC)-2 yang merangkumi tiga sub-ujian iaitu manual dexterity, aiming and catching serta balance. Analisis statistik dibuat dengan menggunakan ujian Mixed Model Anova. Keputusan menunjukkan terdapat kesan yang signifikan bagi interaksi*kumpulan [F (1,51)=6.34, partial n²=.11, p=.015]; interaksi*masa [F (1,51)=30.83, partial n²=.38, p=.000] dan interaksi kumpulan*masa [F (1,51)=8.28, partial n²=.14, p=.006] untuk keseluruhan MABC-2. Bagi sub-ujian manual dexterity keputusan menunjukkan kesan yang signifikan bagi interaksi*kumpulan [F (1,51)=4.61, partial n²=.08, p=.037] dan interaksi*masa [F (1,51)=6.58, partial n²=.11, p=.013] tetapi tidak signifikan bagi interaksi kumpulan*masa [F (1,51)=0.36, partial n²=.01, p=.552]. Keputusan bagi sub-ujian aiming and catching pula menunjukkan kesan yang signifikan dalam interaksi*kumpulan [F (1,51)=5.40, partial n²=.10, p=.024], interaksi*masa [F (1,51)=71.01, partial n²=.58, p=.000] dan interaksi kumpulan*masa [F (1,51)=13.38, partial n²=.21, p=.001]. Manakala, keputusan sub-ujian balance menunjukkan kesan yang tidak signifikan bagi interaksi*kumpulan [F (1,51)=2.89, partial n²=.05, p=.095] tetapi signifikan bagi interaksi*masa [F (1,51)=8.04, partial n²=.14, p=.007] dan interaksi kumpulan*masa [F (1,51)=13.65, partial n²=.21, p=.001]. Analisis saiz kesan menunjukkan bahawa kumpulan NTT memperolehi peningkatan motor yang lebih besar berbanding dengan kumpulan PJ, secara keseluruhannya. Kesimpulannya, kedua-dua jenis intervensi bertempat di sekolah berfaedah dalam meningkatkan prestasi koordinasi motor dalam kalangan murid-murid yang mengalami DCD. NTT boleh diintegrasi dalam PJ bagi meningkatkan prestasi keseimbangan kanak-kanak sekolah yang mengalami DCD.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 143
Call Number: WS350.7.N822h 2018 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101696+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.