Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460281
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hasnah Haron, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurul 'Izzah Ismail (P63283) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:32Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:32Z | - |
dc.date.issued | 2018-10-04 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:100974 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460281 | - |
dc.description | Kebersihan merupakan amalan utama untuk memelihara kesihatan dan mengelakkan penyakit. Kajian ini telah dijalankan dalam tiga fasa untuk mengenalpasti tahap kebersihan dan keselamatan makanan di kafeteria seluruh UKM. Fasa pertama melibatkan pengedaran borang kaji selidik di kafetaria UKM. Borang soal selidik berkaitan pengetahuan, sikap dan amalan terhadap kebersihan diedarkan kepada 64 pengendali makanan dari 13 kafeteria dengan tugasan yang spesifik (pengusaha, tukang masak, pembancuh air, pelayan dan pencuci pinggan). Fasa kedua melibatkan pemeriksaan kebersihan fizikal kafetaria di 13 kafetaria terlibat. Pemeriksaan meliputi ruang penyediaan makanan, kedudukan tandas, ruangan penghidangan makanan dan tempat penyimpanan makanan. Fasa dua juga melibatkan analisis mikrobiologi terhadap makanan yang dihidang dan udara tempat penyediaan makanan. Sebanyak 6 kafetaria dipilih secara rawak daripada 13 kafetaria yang mengambil bahagian. Persampelan makanan dijalankan terhadap tiga kumpulan makanan (nasi, sayur dan ayam). Fasa ketiga telah dijalankan keatas 360 pelajar UKM untuk menilai kepuasan mereka terhadap servis dan kualiti kafeteria. Hasil kajian mendapati, hanya 56.3% pengendali makanan merupakan warganegara Malaysia. Daripada keseluruhan pengendali makanan, hanya 82.8% mendapat vaksinasi tifoid dan hanya 57.8% telah menghadiri kursus asas pengendali makanan. Hasil kajian turut mendapati 73.4% pengendali makanan mempunyai pengetahuan yang baik terhadap kebersihan, 62.5% pengendali makanan mempunyai sikap yang negatif terhadap kebersihan dan 20.3% pengendali makanan tidak mengamalkan kebersihan ketika bekerja. Terdapat hubungan signifikan antara tugas dan vaksinasi tifoid (χ2=10,p=0.01,ϕ=0.395). pengetahuan dan sikap terhadap kebersihan (χ2=6.542,p=0.01,ϕ=0.32) serta sikap terhadap kebersihan (χ2=9.788,p=0.02,ϕ=0.91). Terdapat perbezaan yang signifikan antara kehadiran ke kursus asas pengendali makanan dengan pengetahuan (U=345,p=0.006), tempoh perkhidmatan dengan pengetahuan (H=10.96,p=0.027) dan kewarganegaraan dengan sikap (U=360,p=0.02). Persampelan tangan pengendali makanan yang diambil daripada tiga pengendali makanan untuk setiap kafetaria didapati terdapat kehadiran kolifom pada tangan pengendali makanan yang telah dicuci. Secara tidak langsung ini menunjukkan tahap pemahaman yang rendah berkenaan kaedah mencuci tangan yang betul. Hasil pemeriksaan mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap 13 item daripada 27 item kebersihan kafeteria ketika beroperasi. Hasil ujian menunjukkan hampir kesemua sampel makanan yang diambil memberikan bacaan yang melebihi piawai untuk Total Plate Count, kolifom, Escherichia coli, Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus. Punca utama kehadiran mikoroorganisma dikenalpasti berpunca dari kegagalan dalam penggunaan bain marie untuk memastikan makanan disimpan panas. Persampelan udara yang dijalankan di kawasan penyediaan makanan menunjukkan tiada bacaan mikroorganisma yang melebihi piawai. Ini menunjukkan pengaliran udara yang baik di kawasan penyediaan makanan. Hanya 179 pelajar berpuas hati dengan perkhidmatan dan mutu kafetaria secara keseluruhan. Dari aspek faktor pemilihan kafeteria, majoriti responden bersetuju untuk menilai aspek perkhidmatan yang disediakan sebelum membeli makanan. Kesimpulannya, terdapat beberapa perkara berkaitan kebersihan pengendali dan keadaan fizikal kafeteria yang perlu diberi perhatian dan tindakan daripada pihak pengurusan UKM terutamanya berkaitan vaksinasi dan kehadiran ke kursus asas pengendali makanan.,Sarjana Sains Kesihatan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kebersihan | - |
dc.subject | Makanan | - |
dc.subject | Kafeteria | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Penilaian kebersihan, keselamatan dan kepuasan terhadap perkhidmatan makanan di kafeteria Universiti Kebangsaan Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 158 | - |
dc.identifier.callno | QT240.N974p 2018 9 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100974+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.