Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460276
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Poh Bee Koon, Prof. | - |
dc.contributor.author | Noriza binti Zakaria (P57452) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:31Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:31Z | - |
dc.date.issued | 2018-08-06 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:100552 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460276 | - |
dc.description | Status tabiat makan, aktiviti fizikal dan sosioekonomi merupakan antara faktor penyumbang kepada masalah lebihan berat badan atau obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Masalah lebihan berat badan atau obesiti ini juga turut dikaitkan dengan status kualiti hidup yang rendah dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara status tabiat makan, aktiviti fizikal dan sosioekonomi dengan status kualiti hidup berkaitan kesihatan dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Melaka. Kajian hirisan lintang ini melibatkan 433 orang kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun daripada 15 buah sekolah di Melaka yang dipilih melalui persampelan rawak secara berperingkat berdasarkan kriteria penerimaan yang ditetapkan. Semua subjek perlu menjawab borang soalselidik yang terdiri daripada Borang Tabiat Makan, Senarai Semak Kualiti Hidup Pediatrik Versi 4.0 (PedsQLTM 4.0) Laporan Kanak-Kanak dan Soal Selidik Aktiviti Fizikal untuk Kanak- Kanak (PAQ-C). Manakala Borang Senarai Semak Kualiti Hidup Pediatrik Versi 4.0 (PedsQL TM 4.0) Laporan Ibubapa dan Borang Sosiodemografi perlu dijawab oleh ibu/ bapa/ penjaga mereka. Hasil kajian mendapati, 29.6% subjek yang dipilih adalah berat badan normal, 25.6% lebih berat badan dan 44.8% adalah obes. Separuh daripada kanak-kanak obes adalah dalam kalangan kanak-kanak tahun lima (p=0.024). Purata skor tabiat makan kanak-kanak normal adalah 29.8 ± 6.3, lebih berat badan 28.3 ± 0.17 dan obes 29.8 ± 0.19. Skor purata yang tinggi menunjukkan status tabiat makan yang baik tetapi tiada perbezaan signifikan diperolehi bagi ketiga-tiga status berat badan tersebut. Hasil kajian mendapati skor purata aktiviti fizikal kanak-kanak lebih berat badan adalah 2.0 ± 0.6, normal adalah 1.8 ± 0.5 dan obes 1.7 ± 0.6. Tiada sebarang perbandingan bagi faktor jantina, lokasi dan bangsa yang diperolehi. Hasil kajian berdasarkan laporan PedsQL™ 4.0 kanak-kanak mendapati jumlah skor purata secara keseluruhan bagi kanak-kanak lebih berat badan adalah 75.18 ±15.41(CI: 72.28, 78.08), berat badan normal adalah 73.58 ±13.43 (CI: 71.22, 75.94) dan obes adalah 71.92 ±13.57) (CI: 69.98, 73.86). Status kualiti hidup berkaitan kesihatan tidak mempunyai hubungan dengan tabiat makan (β=-0.092, p=0.369), aktiviti fizikal (β=0.059, p=0.564), dan sosioekonomi iaitu pendapatan keluarga (β=-0.066, p=0.513). Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan tiada hubungan di antara tabiat makan, aktiviti fizikal dan sosioekonomi dengan kualiti hidup berkaitan kesihatan di kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Melaka. Oleh itu, kajian lanjut perlu dijalankan agar program intervensi yang berkesan dapat dibentuk bagi mencapai taraf kesihatan yang optima dalam kalangan kanak-kanak.,Sarjana Sains Kesihatan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Tabiat makan | - |
dc.subject | Kanak-kanak | - |
dc.subject | Obesiti | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Hubungan di antara tabiat makan, aktiviti fizikal dan sosioekonomi dengan kualiti hidup berkaitan kesihatan dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Melaka | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 160 | - |
dc.identifier.callno | QT256.N841h 2018 9 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100552+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.