Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460271
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMazlyfarina binti Mohamad, Dr.
dc.contributor.authorAbdul Aziz Ismail (P77056)
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:30Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:30Z-
dc.date.issued2018-02-14
dc.identifier.otherukmvital:99863
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460271-
dc.descriptionObesiti adalah satu permasalahan kesihatan semasa yang serius di seluruh dunia dan secara tidak langsung mempengaruhi kualiti imej dan dos sinaran yang diterima oleh pesakit. Objektif kajian ini ialah untuk membandingkan kualiti imej dan dos masuk permukaan (ESD) dalam miligray (mGy) di antara dua projeksi pada pemeriksaan radiografi berkomputer (CR) abdomen serta menentukan hubungan indeks jisim tubuh (BMI) ke atas kualiti imej. Pemeriksaan CR abdomen urografi intravena projeksi antero-posterior (AP) supin dan postero-anterior (PA) pron telah dijalankan pada 69 pesakit dengan menggunakan unit sinar-x Siemens Multixtop dan diproses dengan CR Carestream Direct view Max. Subjek dikategorikan kepada kumpulan 1, BMI kurang 25 kg/m2 (n = 31); kumpulan 2, 25 hingga kurang dari 30 kg/m2 (n = 15) dan kumpulan obes, 30 kg/m2 dan ke atas (n = 23). Kualiti imej fizikal diukur dalam nisbah hingar kepada isyarat (SNR) dan subjektif dengan analisis penggredan visual (VGA) berdasarkan kriteria imej Suruhanjaya Komuniti Eropah. Keputusan ujian ANOVA searah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.01) dalam kualiti imej VGA dan SNR antara kumpulan 1, kumpulan 2 dan kumpulan obes bagi projeksi AP supin. Ujian Post Hoc Tukey menunjukkan perbezaan kualiti imej ini ialah antara kumpulan 1 dan kumpulan obes juga antara kumpulan 2 dan kumpulan obes (p < 0.01). Sementara bagi projeksi PA tiada perbezaan yang signifikan dalam kualiti imej VGA dan SNR antara tiga kumpulan tersebut. Perbandingan antara dua projeksi tersebut dengan ujian t-bersandar menunjukkan peningkatan dalam kualiti imej VGA dan SNR adalah signifikan (p < 0.01) pada kumpulan obes. Bagi ESD pula terdapat peratus penurunan yang signifikan (p < 0.01) antara PA pron dan AP supin dengan BMI bagi kesemua subjek. BMI berkorelasi negatif linear yang sederhana terhadap VGA (r = - 0.69) dan terhadap SNR (r = - 0.73) pada projeksi AP supin (p < 0.01). Bagi projeksi PA pron, BMI berkorelasi negatif linear lemah terhadap VGA (r = - 0.22) dan terhadap SNR (r = - 0.09) dan tidak signifikan (p > 0.01). Projeksi PA pron pemeriksaan CR abdomen mengurangkan dos sinaran dan meningkatkan kualiti imej pesakit obes. Projeksi ini disyorkan bagi keadaan pesakit obes yang mengizinkan pembaringan pron.,Sarjana Sains Kesihatan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectObesiti
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKualiti imej dan dos sinaran radiografi berkomputer abdomen IVU dengan BMI pesakit
dc.typetheses
dc.format.pages97
dc.identifier.callnoWN665.A136k 2018 9
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99863+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.