Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460270
Title: | Penentuan mekanisma kerintangan terhadap antifungus azole pada gen CYP51A daripada pencilan isolat klinikal aspergillus fumigatus dan aspergillus niger |
Authors: | Mahindran a/l Rajendran (P60312) |
Supervisor: | Jacinta Santhanam, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Antifungus Azole Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Jan-2016 |
Description: | Infeksi fungus seperti Aspergillus fumigatus dan Aspergilllus niger pada manusia semakin meningkat. Keberkesanan rawatan antifungus berkurang disebabkan kerintangan terutamanya terhadap antifungus azole. Mutasi dan ekspresi berlebihan gen sasaran adalah antara faktor yang menyebabkan kerintangan antifungus pada spesis Aspergillus. Oleh yang demikian, tujuan utama kajian ini adalah untuk menyiasat mekanisma kerintangan terhadap azole pada isolat A. fumigatus dan A. niger yang melibatkan gen CYP51A yang mengekodkan enzim 14-α sterol demethylase. Kerentanan terhadap Itraconazole ditentukan melalui kaedah E-test. PCR konvensional digunakan untuk mengamplifikasi gen CYP51A pada DNA fungus dan dijujuk untuk mengesan kehadiran mutasi pada gen. Seterusnya, PCR masa nyata (Real Time PCR) digunakan untuk menentukan ekspresi gen CYP51A. Ujian kerentanan mendapati 3/13 (23.1%) A. fumigatus dan 7/23 (30.4%) A. niger rintang terhadap Itraconazole, dengan kepekatan merencat minima antara 2.5 μg/mL hingga 3.0 μg/ mL. Penjujukan gen CYP51A pada A. fumigatus menunjukkan kehadiran mutasi L98H pada 7/13 (53.8%) isolat dan mutasi M220 pada 3/13 (23%) isolat. Manakala, bagi A. niger mutasi G427S hadir pada 3/23 (13%) isolat. Mutasi Tandem Repeat tidak dikesan pada kesemua isolat A. fumigatus dan A. niger. Hanya mutasi M220 mempunyai korelasi secara signifikan (r(13)=0.041038, p<0.05) dengan kerintangan terhadap Itraconazole pada isolat A. fumigatus manakala mutasi L98H tidak terlibat. Mutasi G427S juga mungkin menunjukkan korelasi (r(15)=0.038434, p<0.05) dengan kerintangan terhadap Itraconazole pada isolat A. niger. Ekspresi gen CYP51A yang lebih tinggi dikesan pada 4/8 (50%) isolat A. fumigatus dan 7/12 (58.3%) isolat A. niger. Isolat rintang lebih kerap menunjukkan tahap ekspresi gen CYP51A yang lebih tinggi berbanding isolat rentan, walaubagaimanapun perbezaan tahap ekspresi di antara isolat rintang dan rentan adalah tidak signifikan. Kesimpulannya, tahap kerintangan pada isolat A. fumigatus dan A. niger di Malaysia adalah rendah dan faktor mutasi pada gen CYP51A mungkin menyumbang kepada kerintangan terhadap antifungus Itraconazole, walaubagaimanapun faktor lain mungkin juga terlibat.,Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 189 |
Call Number: | QV252.M214p 2016 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99862+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.88 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.