Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460265
Title: | Pengesanan patogen candida dan aspergillus menggunakan reaksi rantai polimerase linear-selepas-fasa-eksponen (late-PCR) |
Authors: | Dhayaalini a/p Bala Gopal (P80718) |
Supervisor: | Jacinta Santhanam, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Reaksi rantai polimerase Fungus Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Mar-2018 |
Description: | Pengesanan berasaskan reaksi rantai polimerase (PCR) telah luas digunakan untuk mengesan fungus patogenik. PCR asimetrik mengamplifikasi DNA bebenang tunggal dan digunakan untuk kajian penghibridan DNA. PCR Linear-Selepas-Fasa-Eksponen (LATE-PCR) merupakan kaedah PCR asimetrik lanjutan yang menggunakan primer pada kepekatan yang berbeza dan dengan reka bentuk primer yang inovatif untuk memastikan efsiensi tinggi bagi penghasilan DNA bebenang tunggal. Kajian ini bertujuan untuk mengoptimumkan parameter LATE-PCR bagi menghasilkan DNA bebenang tunggal fungus patogenik invasif utama termasuk Candida spp. dan Aspergillus spp. Jujukan terpelihara dalam internal transcribed spacer digunakan untuk mereka primer pengehad (ITS 4) dan lebihan (ITS 1) untuk LATE-PCR. Parameter LATE-PCR seperti bilangan kitaran PCR, suhu pelekatan primer, suhu pencairan primer pengehad dan primer lebihan dioptimumkan. Berdasarkan hasil kajian, parameter penting yang menentukan penghasilan DNA bebenang tunggal adalah perbezaan suhu pencairan antara primer pengehad dan primer lebihan sekurang-kurangnya 5°C (5.5°C) dan nisbah kepekatan primer lebihan (1000 nm) kepada pengehad (50 nm) pada 20:1. Hasil elektroforesis gel agaros menunjukkan kehadiran produk LATE-PCR bagi kedua-dua DNA bebenang tunggal (~150 bp bagi kedua-dua Candida spp. dan Aspergillus spp.) dan DNA bebenang ganda dua (~500 bp bagi Candida spp. dan ~550 bp bagi Aspergillus spp.). Untuk memastikan kehadiran DNA bebenang tunggal, produk LATE-PCR dihibrid dengan prob oligonukleotida yang komplemen berlabel digoxigenin lalu dikesan menggunakan antibodi anti-digoxigenin melalui teknik pemblotan titik. Masa penghibridan, suhu penghibridan dan penimbal penghibridan yang berbeza telah diuji untuk menentukan keadaan penghibridan yang optimum. Produk LATE-PCR Candida spp. (Candida albicans, Candida parapsilosis dan Candida tropicalis) dan Aspergillus terreus pada pencairan yang setinggi 1:100 dan tempoh masa penghibridan 1 jam berjaya menghibrid prob oligonukleotida tanpa tindak balas silang dengan prob genus fungus yang lain dan produk LATE-PCR bukan sasaran. Bagi Aspergillus fumigatus, produk LATE-PCR dapat dikesan pada pencairan 1:10 dan pada tempoh penghibridan semalaman. Penimbal penghibridan salin-fosfat dan suhu penghibridan 39oC memberi hasil yang paling optimum. Hasil ini menunjukkan sensitiviti pengesanan yang tinggi bagi DNA bebenang tunggal yang dihasilkan melalui LATE-PCR. Kesimpulannya, teknik PCR ini boleh digunakan untuk mengesan fungus patogenik secara spesifik dalam pendiagnosan penyakit fungus invasif.,Sarjana Sains Kesihatan |
Pages: | 149 |
Call Number: | QU550.5.P6.D533p 2018 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99846+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.