Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460259
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRahayu Mustaffa Kamal, Dr.
dc.contributor.authorChow Yee Fun (P73045)
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:27Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:27Z-
dc.date.issued2017-07-10
dc.identifier.otherukmvital:99817
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460259-
dc.descriptionIlmu berkaitan anatomi dan fisiologi penelanan merupakan asas kepada penilaian dan pengendalian masalah penelanan. Namun begitu, penguasaan ilmu anatomi dan fisiologi bukanlah suatu tugasan yang mudah. Oleh itu, pendekatan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah diterapkan ke dalam pembelajaran topik tersebut untuk meningkatkan pemahaman. Walaupun perisian kursus untuk pembelajaran anatomi dan fisiologi penelanan wujud, ianya adalah tidak menyeluruh, dan meskipun wujudnya bukti manfaat penggunaan PBK dalam pendidikan, lebih banyak kajian diperlukan dalam bidang penelanan. Oleh demikian, kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian PBK yang menyeluruh bagi anatomi dan fisiologi penelanan. Kajian ini merupakan suatu kajian berasaskan reka bentuk yang dilaksanakan berpandu kepada model ADDIE ('analysis', 'design','development', 'implementation', dan 'evaluation'). Di akhir kajian, sebuah perisian kursus multimedia yang menggabungkan penggunaan teks, 29 imej pegun, 10 video animasi, dan pengolahan audio ke atas antara-muka pengguna grafikal yang mudah telah dihasilkan. Perisian ini disimpan dalam bentuk salinan lembut dalam pemacu USB. Perisian ini kemudiannya dinilai oleh 27 orang pelajar ijazah sarjana muda (min umur=22) Universiti Kebangsaan Malaysia yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Penilaian dibuat menggunakan borang soal selidik Usefulness, Satisfaction, and Ease of Use (kesesuaian, kepuasan dan kemudahan penggunaan). Hasil analisa deskriptif menunjukkan bahawa pelajar berpuas hati dengan perisian kursus yang dihasilkan dan berpendapat bahawa ianya berguna dan mudah digunakan. Daripada sejumlah 28 item soalan berbentuk skala Likert 7 mata dalam borang soal selidik tersebut, pelajar sangat bersetuju (mod=7) dengan 23 item dan bersetuju (mod=6) dengan 5 item soalan tersebut. Kajian ini merupakan suatu inisiatif dalam mengkaji kegunaan PBK bagi subjek anatomi dan fisiologi penelanan dan sebagai asas kepada kajian lanjutan yang merangkumi penilaian hasil pembelajaran daripada penggunaan perisian kursus PBK. Adalah diharapkan penggunaan perisian kursus ini dalam pengajaran dan pembelajaran anatomi dan fisiologi penelanan dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman sebenar pelajar dalam subjek.,Sarjana Sains Kesihatan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectAnatomi
dc.subjectFisiologi
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembentukan perisian kursus anatomi dan fisiologi penelanan
dc.typetheses
dc.format.pages133
dc.identifier.callnoQS4.C552p 2017 9
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99817+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.