Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460256
Title: Kesan perlindungan ekstrak rosel (hibiscus sabdariffa Linn.) kaya polifenol terhadap jantung tikus diabetes aruhan streptozotosin
Authors: Nur Liyana Mohammed Yusof (P83183)
Supervisor: Siti Balkis Binti Budin, Professor Dr.
Keywords: Polifenol
Rosel
Diabetes
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Apr-2018
Description: Sebatian polifenol yang ditemui dalam rosel (Hibiscus sabdariffa Linn.), sering kali digunakan sebagai suplemen kerana manfaat kesihatannya. Rosel telah terbukti secara meluas sebagai antioksidan, dan baru-baru ini telah menjadi kepentingan dalam dunia penyelidikan kerana potensinya dalam merawat penyakit kardiovaskular. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk menentukan kesan kardioprotektif ekstrak rosel kaya polifenol (HPE) pada tekanan oksidatif, fungsi jantung, dan morfologi jantung tikus diabetes aruhan streptozotosin. Tikus Sprague-Dawley jantan telah dibahagikan kepada empat kumpulan (n=6/kumpulan): kawalan, diabetes melitus (DM), diabetes dirawat dengan HPE (100 mg/kg, DM+HPE) dan diabetes dirawat dengan metformin (150 mg/kg, DM+MET). Diabetes jenis I telah diaruh menggunakan streptozotosin (STZ) (55 mg/kg/i.p). Selepas 72jam suntikan STZ, HPE dan metformin telah diberikan secara oral setiap hari selama 8 minggu. Di akhir kajian, semua tikus dikorbankan. Sampel darah dan jantung diambil untuk ujian fungsi jantung, biokimia dan kajian histologi. Analisis statistik yang digunakan adalah ANOVA sehala di mana p<0.05 dianggap signifikan. Keputusan menunjukkan pengurangan aras glukosa plasma dan tekanan darah tikus diabetes kumpulan DM+HPE secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan DM. Rawatan HPE juga meningkatkan aras lipoprotein berdensiti tinggi (HDL) dan mengurangkan aras trigliserida (TG), kolesterol total (TC), lipoprotein berdensiti rendah (LDL) dan paras indeks aterogenik secara signifikan (p<0.05) pada kumpulan tikus DM+HPE berbanding kumpulan DM. HPE mengurangkan tekanan oksidatif pada tikus diabetes dengan menurunkan aras malondialdehid (MDA), produk oksidasi protein lanjutan (AOPP) dan mieloperoksidase (MPO). Suplementasi HPE turut meningkatkan aras glutation (GSH), aktiviti katalase (CAT) dan superoksida dismutase (SOD) secara signifikan (p<0.05) pada jantung tikus diabetes. Malah, kumpulan DM+HPE mempunyai fungsi jantung yang lebih baik yang ditunjukkan oleh peningkatan tekanan pembentukan ventrikel kiri (LVDP), aliran koronari (CF) dan kadar kontraksi (+dP/dt) serta relaksasi (-dP/dt) jantung secara signifikan (p<0.05) berbanding kumpulan DM. Analisis histologi menunjukkan penurunan ketara pada hipertrofi dan fibrosis jantung pada kumpulan DM+HPE berbanding dengan kumpulan DM. Oleh itu, penemuan ini mencadangkan bahawa HPE berpotensi sebagai ejen kardioprotektif dalam keadaan diabetes. Lebih penting lagi, ciri-ciri ini menambah dimensi baru untuk membangunkannya sebagai produk farmaseutikal bagi merawat komplikasi diabetes.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 190
Call Number: QU145.5.N974k 2018 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99814+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.