Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460253
Title: Kesan ekstrak akues hibiscuss sabdariffa linn (rosel) ke atas pengekalan ex vivo sel stem dan progenitor hematopoeitik mencit
Authors: Muhd. Khairul Akmal bin Wak Harto (P69726)
Supervisor: Zariyantey Abdul Hamid, Prof Madya Dr
Keywords: Sel stem hematopoeitik
Terapi sel
Rosel
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Jan-2017
Description: stem hematopoeitik (SSH) berpotensi digunakan dalam perubatan terapi sel. Dilaporkan, SSH terdedah kepada tekanan oksidatif serta penuaan pra-matang diluar persekitaran mikronya dan suplementasi antioksidan dalam pengekalan ex-vivo SSH adalah penting. Kajian ini bertujuan mengkaji kesan antioksidan ekstrak akueus Hibiscuss Sabdariffa Linn atau Rosel ke atas pengekalan ex vivo SSH. N-acethylcystein (NAC) digunakan sebagai antioksidan perbandingan manakala sel tanpa suplementasi mewakili kumpulan kawalan. Sel sumsum tulang (SST) mencit di isolasi, di kulturkan dalam media pertumbuhan SSH dan disuplementasikan ekstrak Rosel dan NAC selama 24, 48 dan 96 jam pada kepekatan bersiri (7.81 - 2000 ng/ml). Proliferasi SST, proliferasi populasi SSH (Sca-1+), profil tekanan oksidatif [spesis oksigen reaktif (ROS), gluthaione (GSH), superoxide dismutase (SOD), protein karbonil (PC) dan malondialdehyde (MDA)] dan ekspresi penanda penuaan sel iaitu mouse telomerase reverse transcriptase (mTERT) ditentukan pada setiap tempoh suplementasi. Rosel didapati merangsang proliferasi SST lebih ketara pada tempoh 24 jam berbanding NAC iaitu pada tempoh 96 jam suplementasi. Suplementasi Rosel pada 1000 ng/ml merangsang proliferasi signifikan SST (p<0.05) berbanding kawalan secara berterusan pada 24, 48 dan 96 jam. Rosel dan NAC mengekalkan kemandirian populasi SSH (Sca-1+) berdasarkan peningkatan ketara bilangan sel Sca-1+ berbanding kawalan pada tempoh 48 dan 96 jam. Rosel merangsang penghasilan ROS berbanding NAC dengan peningkatan signifikan ROS ( p<0.05) berbanding kawalan pada semua kepekatan dan tempoh. Rosel meningkatkan aras GSH dan aktiviti SOD secara signifikan (p<0.05) pada kepekatan tertentu (7.81, 125 dan 2000 ng/ml) pada tempoh 24 jam sahaja berbanding dengan NAC yang merangsang antioksidan secara signifikan pada setiap tempoh. Rosel dan NAC mengurangkan kerosakan oksidatif selular berdasarkan penurunan signifikan (p<0.05) aras MDA dan PC berbanding kawalan pada 24, 48 dan 96 jam. Seterusnya, Rosel dan NAC di dapati menurunkan ekspresi mTERT dengan signifikan (p<0.05) berbanding kawalan. Kesimpulannya esktrak Rosel menunjukkan ciri novel yang berpotensi sebagai suplemen antioksidan bagi pengekalan SSH secara ex vivo melalui keupayaannya mengekalkan kemandirian dan melindungi SSH dari kerosakan oksidatif.,Sarjana Sains Kesihatan
Pages: 137
Call Number: QV766.M952k 2017 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99546+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.