Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460250
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBadiah Baharin, Prof. Madya. Dr.-
dc.contributor.authorAfifah-Radiah binti Fauzi (P64533)-
dc.date.accessioned2023-09-14T08:01:25Z-
dc.date.available2023-09-14T08:01:25Z-
dc.date.issued2016-07-22-
dc.identifier.otherukmvital:99497-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460250-
dc.descriptionObjektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan madu Gelam terhadap aktiviti penanda inflamasi pada periodontium dan aorta tikus teraruh periodontitis. Periodontitis diaruh dengan menggunakan benang bersaiz 4/0 diikat pada gigi mandibular molar pertama sebelah kiri tikus. Sebanyak 20 ekor tikus Sprague-Dawley dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan kawalan (CS), kumpulan kawalan dengan madu Gelam (3g/mL) (CH), kumpulan periodontitis (TS) dan kumpulan periodontitis dengan madu Gelam (3g/mL) (TH). Selepas 15 hari, aras IL-6 dan TNF-α dalam plasma diukur menggunakan ujian ELISA, manakala ekspresi IL-6 dan TNF-α pada tisu periodontium dan aorta ditentukan menggunakan kaedah pewarnaan imunohistokimia. Pengukuran histomorfometrik dilakukan bagi menentukan kehilangan tulang pada kawasan furkasi yang diwarnakan dengan pewarnaan Hematoksilin & Eosin dan ketebalan aorta diwarnakan dengan pewarnaan Verhoeff van Gieson. Kehilangan tulang alveolar pada kumpulan TS adalah paling tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan, CS dan CH namun, tiada perbezaan yang signifikan berbanding dengan kumpulan TH. Pewarnaan semi-kuantitatif imunohistokimia pada periodontium menunjukkan ekspresi IL-6 dan TNF-α mempunyai perbezaan pewarnaan positif dengan peratus yang tinggi pada kumpulan TS berbanding TH iaitu 49.27% (IL-6) dan 31.73% (TNF-α) masing-masing. Manakala, ekspresi IL-6 dan TNF-α pada aorta mempunyai perbezaan pewarnaan positif dengan peratus yang tinggi pada kumpulan TS berbanding kumpulan TH iaitu 51.05% (IL-6) dan 38.15% (TNF-α) masing-masing. Namun, tiada perbezaan yang signifikan pada aras IL-6 dan TNF-α plasma dan pada ketebalan aorta pada semua kumpulan tikus kajian. Terdapat korelasi positif pada aras TNF-α pada tisu periodontium dan aorta dengan nilai korelasi Pearson 0.843, manakala korelasi positif yang sederhana ditunjukkan pada aras IL-6 pada tisu periodontium dan aorta dengan nilai korelasi Pearson 0.587. Secara kesimpulan, penambahan madu Gelam tidak dapat mengurangkan kehilangan tulang pada kawasan furkasi dan tidak mempengaruhi perubahan ketebalan aorta. Walaupun madu Gelam dapat menurunkan ekspresi IL-6 dan TNF-α pada tisu periodontium dan aorta, namun ia tidak menurunkan aras IL-6 dan TNF-α pada plasma. Terdapat kolerasi positif antara ekspresi IL-6 dan TNF-α pada tisu periodontium dan aorta.,Sarjana Sains Pergigian-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectInflamasi-
dc.subjectPeriodontitis-
dc.subjectMadu Gelam-
dc.subjectMelaleuca Cajuputi-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan madu gelam (melaleuca cajuputi) terhadap aktiviti penanda inflamasi pada periodontium dan aorta tikus teraruh periodontitis-
dc.typetheses-
dc.format.pages200-
dc.identifier.callnoWU20.5.A257k 2016 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99497+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.