Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460247
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rohi Ahmad Ghazali, Profesor Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Farizwana Mohd Ridzwan (P45278 ) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-14T08:01:23Z | - |
dc.date.available | 2023-09-14T08:01:23Z | - |
dc.date.issued | 2011 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:75372 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460247 | - |
dc.description | Bekalan air minum yang selamat merupakan infrastruktur awam yang asas. Di kawasan perladangan yang akses kepada bekalan air awam adalah jauh dan berkos tinggi, pihak pengurusan ladang perlu menyediakan bekalan air persendirian terawat bagi memenuhi keperluan penduduk ladang. Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pencemaran bekalan air persendirian dan awam di ladang-ladang kelapa sawit terpilih di Kota Tinggi, Johor dan hubungan di antara tahap pencemaran bekalan air dengan kesan kesihatan dan neurotingkahlaku di kalangan penduduk turut ditentukan. Sampel air diambil setiap dua bulan dalam tempoh setahun daripada tujuh ladang yang mendapat bekalan air persendirian (P) dan empat ladang yang mendapat bekalan air awam (A). Sampel air daripada titik S (sumber air) dikategorikan sebagai air mentah manakala sampel air daripada titik TPO (tangki rawatan air), R1 (rumah terhampir dengan TPO) dan R2 (rumah terjauh dari TPO) dikategorikan sebagai sampel air minum. Sejumlah 287 dan 246 responden daripada P dan A pula terlibat dengan soal selidik demografi, pemeriksaan kesihatan asas, soalan simptom subjektif WHO dan ujian Neurobehavioural Core Test Battery (NCTB). Sampel air didapati menepati nilai pH 5.5 (air mentah) dan 6.5 (air minum) yang disarankan oleh Piawaian Mutu Air Minum Kebangsaan (NSDWQ) untuk semua sampel air kecuali air minum ladang-ladang P (5.50 ± 0.90). Sampel air minum di P juga gagal menepati piawaian kekeruhan (14.2 ± 24.1 NTU) dan menunjukkan kehadiran baki klorin yang tidak mencukupi (0.09 ± 0.30 mg/L). Aluminium (Al) didapati melebihi piawai yang ditetapkan di dalam sampel air daripada ladang-ladang P (0.99 ± 1.52 mg/L). Perbezaan yang signifikan di antara ladang diperhatikan bagi parameter pH, kekeruhan, baki klorin dan Al (p<0.05). Majoriti responden yang terlibat di dalam komponen epidemiologi adalah berbangsa Melayu, berumur kurang daripada 46 tahun, berpendidikan menengah, tidak merokok dan tidak menggunakan sistem penapisan air di rumah. Kehadiran nitrit di dalam urin dikesan sebanyak 3.15% dan 1.2% masing-masing pada responden kumpulan P dan A. Al urin dan tahap Hb adalah normal pada kedua-dua kumpulan terbabit. Simptom subjektif yang signifikan di antara responden kumpulan P dan A ialah sakit kepala (OR= 1.47), cirit-birit (OR=2.86) dan kesukaran berjalan di dalam gelap (OR=1.83). Keseluruhannya, responden kumpulan P dilihat mempunyai pencapaian yang lebih rendah di dalam semua ujian NCTB berbanding responden kumpulan A kecuali ujian Santa Ana Manual Dexterity. Bekalan air persendirian yang tidak mempunyai rawatan efisien menyediakan kualiti air minuman tidak memuaskan yang boleh menimbulkan masalah kesihatan dan dapat memberi kesan kepada fungsi saraf tingkahlaku. Di dalam memastikan kualiti bekalan air minum yang selamat, WHO menyarankan pihak bertanggungjawab mempunyai sistem pengurusan bekalan air minum yang komprehensif.,Master/ Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kualiti air | - |
dc.title | Kualiti bekalan air persendirian di kawasan perladangan dan kesannya ke atas kesihatan penduduk ladang | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 193 | - |
dc.identifier.callno | WA675.S623k 2012 9 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 000795 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75372+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.