Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460224
Title: | Penyeliaan Dan Kepuasan Kerja Guru Dalam Mata Pelajaran Al-Quran Di Sekolah Agama Brunei Darussalam |
Authors: | Junaidi bin Haji Abdullah |
Supervisor: | Prof. Madya Datin Dr. Zahara Aziz |
Keywords: | Al-Quran Kepuasan Kerja Guru School supervision -- Brunei |
Issue Date: | 17-Jan-2012 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penyeliaan dan kepuasan kerja dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Al-Quran di Sekolah Agama Brunei Darussalam. Sampel kajian terdiri daripada 218 guru yang dipilih menggunakan persampelan rawak kelompok dari 99 buah sekolah agama. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang telah dibina dan di ubahsuai sebagai alat pengumpul data. Soal selidik mengambil kira aspek demografi, penyeliaan klinikal, kefahaman guru mengenai penyeliaan P &P, penyeliaan klinikal serta kepuasan guru. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science Versi 11 melalui kaedah deskriptif dan inferensi iaitu min, ANOV A satu hala dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan penyeliaan klinikal terbahagi kepada tiga iaitu perbincangan sebelum pemerhatian, semasa pemerhatian dan perbincangan selepas pemerhatian. Secara terperinci, kajian mendapati perbincangan sebelum pemerhatian dilaksanakan pada tahap kadang-kadang, semasa pemerhatian dilaksanakan pada tahap kadang-kadang dan perbincangan selepas pemerhatian dilaksanakan pada tahap kerap. Kefahaman penyeliaan P&P pada tahap tinggi, kefahaman penyeliaan klinikal pada tahap sederhana serta kepuasan kerja guru pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi penyeliaan klinikal berdasarkan pengalaman mengajar, kursus atau latihan. Selain itu, kajian ini tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi penyeliaan klinikal berdasarkan kelulusan akademik. Namun, kajian ini memperlihatkan perbezaan yang signifikan dari segi pemahaman guru terhadap pengajaran dan pembelajaran serta penyeliaan klinikal berdasarkan pengalaman mengajar, kelulusan akademik, kursus atau latihan. Manakala, keputusan kajian ini tidak membuktikan perbezaan yang signifikan dari segi kepuasan kerja guru berdasarkan pengalaman mengajar, kelulusan akademik, kursus atau latihan. Kajian ini memberikan implikasi bahawa penyeliaan klinikal boleh meningkatkan kepuasan kerja guru terutama penyeliaan sebelum dan semasa pemerhatian. Oleh itu, penyelia perlu melakukan penyeliaan klinikal sebagai proses membantu guru dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah berdasarkan perubahan semasa.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 140 |
Call Number: | LB2806.4.J843 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_47114+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.38 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.