Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460213
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSuziyani Mohamed, Dr.
dc.contributor.authorSiti Nur Aishah Ab Rashid (P98156)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:41:39Z-
dc.date.available2023-09-13T09:41:39Z-
dc.date.issued2022-06-24
dc.identifier.otherukmvital:130366
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460213-
dc.descriptionBelajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pemudahcaraan yang berkesan kepada kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap, hubungan pengetahuan dan sikap guru prasekolah terhadap aktiviti bermain serta menentukan perbezaan antara amalan guru prasekolah dengan aktiviti bermain berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar di prasekolah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan. Pemilihan responden kajian dilakukan menggunakan teknik persampelan rawak mudah berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel oleh Krejcie dan Morgan. Seramai 368 orang guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah diadaptasi daripada kajian lepas. Prosedur pengumpulan data dalam kajian ini dijalankan menggunakan rangkaian atas talian iaitu Google Form. Analisis kajian yang digunakan adalah analisis inferensi dengan menggunakan ujian Korelasi Pearson dan Ujian Analisis Varians (ANOVA). Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan, sikap dan amalan guru prasekolah terhadap aktiviti bermain berada pada tahap tinggi. Hasil kajian ini juga mendapati terdapat hubungan positif dan signifikan di antara tahap pengetahuan dan sikap guru prasekolah dengan amalan aktiviti bermain. Selain itu, dapatan mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan guru prasekolah dengan aktiviti bermain berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar di prasekolah. Oleh itu, adalah dicadangkan lebih banyak latihan yang boleh meningkatkan pengetahuan dan sikap guru prasekolah dalam membantu guru untuk mengimplementasikan PdPc belajar melalui bermain dengan lebih efektif. Kesimpulannya, pengetahuan, sikap dan amalan guru prasekolah merupakan kompetensi yang membolehkan guru melaksanakan aktiviti bermain.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectEarly childhood education
dc.subjectPreschool teachers
dc.subjectPreschool teaching
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleMeninjau tahap pengetahuan dan sikap guru prasekolah terhadap amalan aktiviti bermain
dc.typetheses
dc.format.pages145
dc.identifier.callnoLB1139.23.S567 2022 tesis
dc.identifier.barcode006802(2022)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130366+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.