Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460210
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Faridah Yunus, Dr. | |
dc.contributor.author | Nor Fazila Bahri (P92500) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:41:34Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:41:34Z | - |
dc.date.issued | 2022-02-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:130172 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460210 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk merangsang minat dan kecenderungan kanak-kanak prasekolah dalam mempelajari Bahasa Inggeris dan meneroka teknik ritma dalam pembelajaran Bahasa Inggeris bagi menyerlahkan potensi sebenar mereka. Kajian ini dijalankan menerusi pendekatan kualitatif yang melibatkan pemerhatian, analisa temu bual dan juga sokongan analisa dokumen berbentuk kajian kes penerokaan dengan menggunakan kaedah holistik. Seramai tiga orang guru prasekolah dan 30 kanak-kanak prasekolah terlibat dalam intervensi teknik ritma ini.Instrument dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu ujian perbendaharaan kata, protokol temubual dan senarai semak pemerhatian. Bagi menganalisis data temu bual dan pemerhatian yang telah dikumpulkan, penyelidik menggunakan analisis tematik. Bagi mengenalpasti perbezaan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak prasekolah berdasarkan lokasi, pendapatan keluarga, umur dan etnik, penyelidik menggunakan analisis MANOVA Satu Hala. Dilihat dari segi kaedah pelaksanaan teknik ritma dalam pembelajaran bahasa Inggeris menunjukkan setiap guru dapat menjalankan kaedah perlaksanaan pembelajaran pada peringkat induksi, perkembangan dan penutup bagi keseluruhan aktiviti. Selain itu, guru dalam kajian turut menggunakan alat bantu mengajar, mengaplikasikan teknik ritma dengan perancangan dan spontan serta mengikut tema bagi keseluruhan aktiviti. Dapatan temubual menunjukkan persepsi guru terhadap pelaksanaan teknik ritma , kelebihan teknik ritma, masa yang bersesuaian dan kelebihan teknik ritma dalam Bahasa Inggeris. Manakala persepsi guru terhadap penggunaan teknik ritma dalam meningkatkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris di prasekolah dapat dikenalpasti melalui pengetahuan guru mengenai perbendaharaan kata, indikator pencapaian perbendaharaan kata kanak-kanak prasekolah, kaedah dalam meningkatkan perbendaharaan kata melalui teknik ritma dan keberkesanan teknik ritma dalam meningkatkan perbendaharaan kata Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang penguasaan perbendaharaan kata bagi berdasarkan pendapatan keluarga, umur dan etnik. Kajian ini dapat menjadi sumbangan dan nilai tambah khususnya kepada ahli akademik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan seterusnya menjadi asas kepada kajian-kajian lain yang akan datang supaya dapat memperkembangkan teknik pengajaran yang lebih sistematik, terancang dan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | English language -- Study and teaching -- Foreign speakers | |
dc.subject | English language -- Study and teaching (Primary) | |
dc.subject | Language acquisition | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pelaksanaan pembelajaran Bahasa Inggeris menggunakan teknik ritma di pra sekolah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 150 | |
dc.identifier.callno | PE1128.A2.N637 2022 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006731(2022) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130172+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.81 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.