Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460192
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Aishah Buang, Prof. Dr.
dc.contributor.authorChithrra Damodharan (P76306)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:41:07Z-
dc.date.available2023-09-13T09:41:07Z-
dc.date.issued2021-04-17
dc.identifier.otherukmvital:127377
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460192-
dc.descriptionKajian ini bertujuan meninjau penerapan EMK-Keusahawanan di sekolah rendah untuk menghasilkan murid yang mempunyai budaya keusahawanan dalam kehidupan seharian. EMK-Keusahawanan telah diperkenalkan pada tahun 2011 dibawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini menggunakan Model Penilaian Konteks, Input, Proses dan Produk (CIPP). Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan EMK-Keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tahap pelaksanaan yang dinilai adalah visi dan misi, kandungan EMK-Keusahawanan, alat bantu mengajar, latihan guru, kaedah pengajaran dan aktiviti murid dari perspektif guru. Selain itu, kajian ini menilai tahap yang dicapai dalam kalangan murid sekolah rendah selepas penerapan EMK-Keusahawanan dari aspek sikap keusahawanan, pemikiran keusahawanan, kemahiran jual beli dan kemahiran teknologi dan vokasional dari perspektif murid. Kajian yang berbentuk kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dan instrumen soal selidik. Kajian ini menggunakan dua jenis instrumen soal selidik iaitu soal selidik guru (53 item) dan soal selidik murid (29 item) yang diedarkan kepada 302 orang guru yang mengajar mata pelajaran teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) serta 370 murid tahap dua di beberapa sekolah dalam daerah Kuala Selangor. Data dianalisis dengan statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan inferensi (ujian-t dan ANOVA sehala) menggunakan SPSS versi 22.0. Hasil kajian menunjukkan nilai min berada pada tahap tinggi bagi visi dan misi, kandungan EMK-Keusahawanan, alat bantu mengajar, latihan guru, kaedah pengajaran dan aktiviti murid daripada perspektif guru. Manakala bagi tahap sikap keusahawanan, pemikiran keusahawanan, kemahiran jual beli dan kemahiran teknologi dan vokasional dari perspektif murid menunjukkan nilai min pada tahap yang tinggi. Analisis ujian-t mendapati sikap, pemikiran dan kemahiran jual beli menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan. Manakala kemahiran teknologi dan vokasional menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Namun, didapati sikap, pemikiran dan kemahiran jual beli serta kemahiran teknologi dan vokasional menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara murid bandar dengan luar bandar. Seterusnya, dapatan analisis menggunakan ANOVA sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kaedah pengajaran dan aktiviti murid dengan mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains). Dapatan aspek produk (sikap keusahawanan, pemikiran keusahawanan, kemahiran jual beli dan kemahiran teknikal dan vokasional) dengan skor min yang tinggi bagi setiap item tersebut menunjukkan kejayaan penilaian penerapan EMK-Keusahawanan di sekolah rendah. Kajian ini memberi implikasi yang berguna secara langsung dan tidak langsung kepada pihak-pihak tertentu seperti guru dan KPM dalam merangka dan merancang kurikulum sekolah,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectEducation
dc.subjectSecondary
dc.subjectEntrepreneurship
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian penerapan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) keusahawanan di sekolah rendah
dc.typetheses
dc.format.pages140
dc.identifier.callnoLB1607.C485 2021 tesis
dc.identifier.barcode006495(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127377+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
693.71 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.