Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460189
Title: Persepsi guru prasekolah terhadap kepentingan pelaksanaan pembelajaran sosioemosi kanak-kanak
Authors: Nor Ilyanah Othman (P89150)
Supervisor: Suziyani Mohamed, Dr.
Keywords: Sosioemosi
Prasekolah -- Pengajaran dan pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Mar-2021
Description: Sosioemosi merupakan salah satu domain perkembangan yang sangat penting kepada kanak-kanak. Oleh itu, guru prasekolah selaku pendidik yang paling awal memainkan peranan yang penting bagi memastikan perkembangan sosioemosi kanak-kanak dapat berkembang secara positif dan optimum. Oleh itu, kajian ini dijalan adalah untuk mengkaji persepsi guru prasekolah terhadap kepentingan pelaksanaan pembelajaran sosioemosi kanak-kanak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif bagi memperoleh data. Untuk kajian ini, penyelidik telah mengadaptasi soal selidik berdasarkan kajian “Tahap Kesediaan Guru Prasekolah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sosioemosi” dan “Korean Early Childhood Educators’ Perceptions of Importance and Impementation of Strategies to Address Young Childern’s Social-Emotional Competence”untuk menilai persepsi guru prasekolah terhadap kepentingan pelaksanaan pembelajaran sosioemosi kanak-kanak. Soal selidik telah diedarkan kepada 370 orang guru prasekolah KPM di Zon Selatan. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian “The Statistical Package For The Social Science” (SPSS). Hasil analisis data menunjukkan bahawa nilai min bagi persepsi guru terhadap kemahiran sosioemosi adalah 4.29 dan sisihan piawai ialah 0.65 dan menunjukkan interpretasi yang tinggi. Bagi persepsi guru prasekolah terhadap kepentingan pelaksanaan pembelajaran sosioemosi ialah 4.41 dan sisihan piawai 0.59 dan mempunyai interpretasi yang sangat tinggi. Analisis data juga telah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru prasekolah terhadap kepentingan pembelajaran sosioemosi berdasarkan pengalaman mengajar guru. Hasil dapatan kajian ini sangat memberi manfaat kepada pihak kementerian dan juga kepada guru-guru dalam merancang strategi pembelajaran yang lebih bermakna untuk perkembangan sosioemosi kanak-kanak.,Sarjana Pendidikan
Pages: 149
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126860+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.