Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460188
Title: Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) guru bahasa Inggeris sekolah menengah rendah dan penerimaan pelajar dalam merealisasikan pendekatan interdisiplin
Authors: Janaranjani Sundiramalai (P93544)
Supervisor: Ruhizan Mohamad Yasin, Prof. Dr.
Keywords: Bahasa Inggeris -- Pengajaran dan pembelajaran
Interdisiplin
Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Feb-2021
Description: Guru adalah orang yang paling bertanggungjawab untuk mendidik generasi masa depan. Oleh itu, seseorang guru harus bersedia dalam segala aspek yang mungkin dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Pengetahuan bahasa Inggeris dan pendekatan interdisiplin telah difokuskan dalam kajian ini kerana perkara ini penting dan juga telah diberi perhatian dalam pembelajaran abad ke-21 ini. Walaubagaimanapun, wujud satu persoalan bahawa guru di Malaysia mempunyai pengetahuan mengenai elemen-elemen pembelajaran abad ke – 21 ini bagi menjalankan proses pengajaran yang efektif untuk pelajar . Tambahan pula, pembelajaran abad ke -21 ini adalah masih baharu dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu, bilangan penyelidikan yang bertumpu kepada elemen-elemen pembelajaran abad ke – 21 ini adalah kurang. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) guru bahasa Inggeris dalam merealisasikan pendekatan interdisiplin dan penerimaan pelajar terhadapnya dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bahasa Inggeris. Kajian gabungan ini menggunakan soal selidik berstruktur dan temu bual kumpulan fokus sebagai intrumen kajian. Responden kajian ini terdiri daripada 195 guru dan sembilan pelajar bahasa Inggeris tingkatan satu hingga tingkatan tiga dari sekolah daerah Klang . Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian The Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS), manakala data kualitatif dianalisi secara manual. Kaedah analisis yang digunakan adalah analisis deskriptif dan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap PTPK guru bahasa Inggeris adalah tinggi secara keseluruhannya dalam merealisasikan pendekatan interdisiplin. Namun begitu, pengetahuan teknologi mencatat tahap yang sederhana tinggi. Penerimaan pelajar dalam penggunaan pendekatan interdisiplin juga baik. Hal ini kerana, kebanyakan pelajar memberitahu bahawa pendekatan ini membolehkan proses pembelajaran menjadi menarik dengan penggunaan pelbagai disiplin. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pendekatan ini. Hasil kajian ini membolehkan guru bahasa Inggeris dapat mengetahui elemen PTPK dan pendekatan interdisiplin yang harus diberi penekanan agar dapat menjalankan proses PdPc yang dapat diterima oleh pelajar.,Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pedagogi)
Pages: 185
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126859+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.