Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460187
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Mahzan Awang, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorKhuarul Nisaq Abdul Majid (P92754)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:40:59Z-
dc.date.available2023-09-13T09:40:59Z-
dc.date.issued2020-12-02
dc.identifier.otherukmvital:126858
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460187-
dc.descriptionKajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan pelajar terhadap pengetahuan sejarah negara dan nilai patriotisme dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia menerusi lawatan mereka ke Muzium Negara dan penglibatan mereka dengan aktiviti-aktiviti serta pameran di muzium. Kajian ini menggunakan Model Pembelajaran Kolb (1999) yang berasaskan pengalaman yang mencakupi konstruk pameran artifak, pameran objek dan infografik, tayangan video dan ikut serta dalam aktiviti main peranan. Selain itu, kajian ini berfokuskan kepada penglibatan pelajar sekolah menerusi aktiviti yang telah dilakukan di Muzium Negara. Dengan menjalankan aktiviti lawatan di Muzium Negara ini akan memberi sumbangan terhadap tahap kefahaman para pelajar kepada pengetahuan sejarah negara seperti pengetahuan terhadap pra-sejarah, institusi kesultanan, kemerdekaan negara dan warisan negara. Sementara itu bagi nilai patriotisme pula merangkumi aspek seperti berbangga sebagai rakyat Malaysia, menghormati simbol kebesaran negara dan berusaha menjadi warga Malaysia yang berjaya. Kajian ini juga meneliti perbezaan tahap penglibatan para pelajar dengan aktiviti di Muzium Negara dan kesan terhadap tahap kefahaman mereka menerusi pengetahuan sejarah negara dan nilai patriotik berdasarkan umur dan jantina. Tambahan lagi, kajian ini meneliti hubungan pembelajaran di muzium dengan pengetahuan asas sejarah dan nilai patriotik serta sumbangan penglibatan pelajar dalam aktiviti di Muzium Negara terhadap kefahaman pengetahuan sejarah negara dan nilai patriotik. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik. Pemilihan sampel dilakukan secara persampelan mudah yang mengambil kira jantina dan umur. Sampel kajian ini terdiri daripada 400 orang pelajar. Instrumen soal selidik diedarkan kepada pelajar yang mengunjungi Muzium Negara. Hasil kajian rintis menggunakan analisis Alpha Cronbach bagi semua konstruk adalah berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu antara 0.73 hingga 0.90. Manakala, analisis inferensi data pula menggunakan ujian ANOVA, MANOVA, Korelari Pearson dan Regrasi dengan menggunakan Statistical Package Social Science (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian secara keseluruhan mendapati penglibatan pelajar dalam aktiviti di Muzium Negara sumbangannya kepada Pengetahuan sejarah Negara dan nilai patriotik berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil analisis ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan penglibatan pelajar berdasarkan umur dan tiada perbezaan yang signifikan bagi aspek jantina. Manakala bagi tahap kefahaman berdasarkan jantina wujud perbezaan yang signifikan di mana pelajar perempuan mempunyai nilai min yang lebih tinggi. Seterusnya bagi analisis korelasi menunjukkan wujudnya hubungan pengetahuan sejarah dan nilai patriotik. Bagi regrasi menunjukkan sumbangan pengetahuan sejarah bagi konstruk pameran artifak adalah yang paling tinggi. Bagi nilai patriotik pula konstruk aktiviti ikut serta main peranan paling tinggi. Tuntasnya, kajian ini mendapati pentingnya penglibatan pelajar dengan aktiviti di muzium kerana dapat menyumbang kepada pengetahuan sejarah dan pemupukan nilai patriotik dalam diri setiap pelajar.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPatriotisme
dc.subjectSejarah
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleHubungan pembelajaran di muzium dengan pengetahuan asas sejarah dan nilai patriotik
dc.typetheses
dc.format.pages144
dc.identifier.barcode006475(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126858+SOURCE1+SOURCE1.5.PDF
  Restricted Access
1.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.