Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460173
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZolkepeli Haron
dc.contributor.authorMohd Huzaimi Abdul Manap (P96675)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:40:37Z-
dc.date.available2023-09-13T09:40:37Z-
dc.date.issued2021-02-15
dc.identifier.otherukmvital:126015
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460173-
dc.descriptionKeupayaan pihak pengurusan menterjemah pelbagai fikiran dan falsafah pentaksiran merupakan kunci utama terhadap kepentingan kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan program. Oleh yang demikian, keberkesanan sesuatu program pedidikan perlu dilihat dan dinilai bagi memastikan objektif dan matlamat program mencapai sasaran yang ditetapkan agar kos yang telah dilaburkan mampu memacu ke arah sistem pendidikan yang berkualiti. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) dalam kalangan guru pelaksana pendidikan khas menggunakan Model Penilaian CIPP.bagi mengukur tahap dimensi Contexts, Input, Proses, Produk secara deskriptif dan inferensi bagi mendapatkan perbezaan serta hubungan antara dimensi berdasarkan faktor demografi bagi menjawab persoalan kajian. Pendekatan secara kuantitatif menggunakan soal selidik dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kesediaan dan persepsi guru terhadap pelaksanaan program pentaksiran baharu ini. Seramai 113 guru Prokhas 1 dan Prokhas 2 terlibat sebagai responden kajian yang dipilih secara rawak melibatkan 78 buah sekolah di zon selatan Negeri Johor. Berdasarkan analisis data, didapati keseluruhan elemen yang terdapat dalam Model CIPP berada pada tahap kesediaan dan persepsi yang tinggi selain memberi nilai impak keberkesanan program pendidikan yang tinggi. Hipotesis persoalan kajian bagi menguji perbezaan dimensi input (pengetahuan, kemahiran, kursus/latihan, kemudahan) berdasarkan faktor demografi mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar namun menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor umur guru. Berdasarkan ujian Kolerasi Pearson, didapati terdapat hubungan linear positif antara dimensi proses dengan dimensi input. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, secara keseluruhannya membuktikan amalan pengurusan dan pengendalian PASR di Negeri Johor dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Namun begitu, faktor kemudahan prasarana dilihat masih menimbulkan kekangan utama berdasarkan tahap persetujuan yang rendah diberikan oleh guru berbanding dengan faktor lain yang terdapat dalam setiap dimensi. Implikasi daripada kajian ini, beberapa cadangan penambahbaikan program telah dicadangkan bagi membantu peningkatan keberkesanan program selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2020.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPendidikan khas
dc.subjectGuru
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian program pentaksiran alternatif sekolah rendah (PASR) dari perspektif guru pelaksana Pendidikan Khas
dc.typetheses
dc.format.pages149
dc.identifier.barcode006371(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126015+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.