Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460168
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamalul Lail Abdul Wahab
dc.contributor.authorNorhayati Edwine Coelhoe @ Kamarudin (P95998)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:40:29Z-
dc.date.available2023-09-13T09:40:29Z-
dc.date.issued2021-02-01
dc.identifier.otherukmvital:125944
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460168-
dc.descriptionKajian ini bertujuan mengukur tahap amalan pengurusan keselamatan oleh pentadbir dan tahap tingkah laku keselamatan yang diamalkan oleh guru-guru sekolah menengah harian di Negeri Sembilan. Reka bentuk tinjauan secara kuantitatif menggunakan soal selidik telah digunakan. Seramai 381 orang guru pelbagai peringkat umur daripada 40 buah sekolah menengah kategori bandar dan 11 buah sekolah menengah kategori luar bandar di Negeri Sembilan dipilih dengan teknik persampelan rawak berstrata berlapis, rawak sistematik dan rawak mudah. Instrumen kajian ialah soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Windows Version 23.0 digunakan untuk menganalisis data secara deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan tahap Amalan Pengurusan Keselamatan oleh pentadbir dan tahap tingkah laku keselamatan guru secara keseluruhannya adalah sangat tinggi. Kajian turut mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan pengurusan keselamatan pentadbir mengikut lokasi sekolah. Dapatan kajian juga melaporkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap tingkah laku keselamatan guru mengikut umur. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan kuat dan positif antara Amalan Pengurusan Keselamatan oleh pentadbir dengan tahap tingkah laku keselamatan guru. Akhir sekali, dapatan kajian juga menunjukkan faktor pengaruh utama kepada tahap tingkah laku keselamatan guru ialah dimensi komunikasi dan maklum balas dibawah APK. Kajian ini juga boleh digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian serta Jabatan Pendidikan Negeri dan agensi seperti Institut Aminudin Baki dalam menggubal latihan bagi meningkatkan kemahiran serta pengetahuan pentadbir dalam menguruskan aspek keselamatan di sekolah. Selain itu, dapatan ini boleh dijadikan asas dalam merangka serta menambah baik latihan dalam menghasilkan para guru yang bukan sahaja mahir menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga mengamalkan tingkah laku keselamatan yang positif pada setiap masa.,Ijazah Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPengurusan keselamatan -- Sekolah menengah -- Negeri Sembilan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAmalan pengurusan keselamatan oleh pentadbir dan tingkah laku keselamatan guru sekolah menengah di Negeri Sembilan
dc.typetheses
dc.format.pages220
dc.identifier.barcode006377(2021)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125944+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.