Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/460167
Title: | Pengaruh efikasi kendiri guru dan kepimpinan transformasi pengetua/guru besar terhadap tingkah laku inovatif guru |
Authors: | Mohammed Afandi Zainal (P96030) |
Supervisor: | Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Dr. |
Keywords: | Kepimpinan transformasi Guru Besar -- Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Jan-2021 |
Description: | Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh efikasi kendiri dan amalan kepimpinan transformasi pentadbir sekolah iaitu pengetua/guru besar terhadap tingkah laku inovatif dalam kalangan guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan secara keratan rentas. Sampel kajian terdiri daripada 1415 orang guru daripada empat buah negeri di Malaysia telah dipilih secara rawak menggunakan kaedah pensampelan berkelompok multi tahap. Data kajian dikumpul menggunakan instrumen soal selidik hasil gabungan dan adaptasi daripada beberapa instrumen kajian lepas yang mengandungi keseluruhan 58 item daripada ketiga-tiga pemboleh ubah kajian. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 109 orang guru dari dua buah sekolah di negeri Melaka. Data daripada kajian rintis telah dianalisis mengikut pendekatan model pengukuran Rasch dengan menggunakan perisian WINSTEPS 3.73 bagi tujuan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Bagi proses penganalisisan data kajian sebenar pula, perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 26.0 telah digunakan. Analisis deskriptif iaitu frekuensi, min dan peratusan telah digunakan bagi memerihalkan dapatan demografi dan tahap bagi setiap pemboleh ubah kajian, manakala analisis inferensi yang digunakan adalah melibatkan ujian parametrik iaitu korelasi Pearson dan Regresi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan min skor bagi tahap efikasi kendiri guru, amalan kepimpinan transformasi pengetua/guru besar dan tingkah laku inovatif guru berada pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi yang dilakukan turut menunjukkan tingkah laku inovatif guru mempunyai hubungan positif yang kuat dan signifikan dengan efikasi kendiri guru, serta hubungan positif yang sederhana dan signifikan dengan amalan kepimpinan transformasi pengetua/guru besar. Analisis Regresi Berganda juga mendapati kedua-dua faktor efikasi kendiri guru dan amalan kepimpinan transformasi pengetua/guru besar mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap tingkah laku inovatif guru dengan menyumbang sebanyak 47.1% varians dalam tingkah laku inovatif guru. Dapatan kajian ini mencadangkan bahawa kedua-dua faktor efikasi kendiri dan amalan kepimpinan transformasi pengetua/guru besar mempunyai peranan dalam mempengaruhi tingkah laku inovatif guru. Oleh itu, adalah penting bagi mana-mana pihak yang berkepentingan untuk mengambil kira aspek efikasi kendiri dan amalan kepimpinan transformasi pengetua/guru besar dalam merangka dasar dan program yang berkaitan sebagai usaha untuk meningkatkan lagi tingkah laku inovatif guru.,Ijazah Sarjana Pendidikan |
Pages: | 206 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125940+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 559.14 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.